Harian Metro

LEPAS BUNUH TERUS KE BALAI

 Wanita mati dikelar suami cemburu konon mangsa ada hubungan sulit

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@mediaprima.com.my

Cemburu dipercayai menjadi motif utama seorang petani mengelar isterinya menggunaka­n pisau di rumah pasangan itu di Kampung Bedup Longgok di sini, kelmarin.

Suspek berusia 38 tahun itu cuba menyembuny­ikan perbuatann­ya dengan datang ke Balai Polis Serian jam 1.35 tengah hari dan memaklumka­n isterinya berusia 33 tahun ditemui mati berlumuran darah.

Sumber berkata, siasatan lanjut polis di rumah pasangan itu bagaimanap­un menemui beberapa unsur mencurigak­an selain kenyataan diberikan suspek tidak konsisten.

Menurutnya, hasil siasatan tidak menolak kemungkina­n suspek mengelar isterinya akibat cemburu kerana mangsa kononnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Polis tidak menolak kemungkina­n cemburu sebagai motif utama kejadian selain keterangan diberikan suspek tidak konsisten dan ada unsur mencurigak­an menyebabka­n dia ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaa­n di lokasi kejadian turut menemui pisau pemotong sayur di dapur dipercayai digunakan suspek untuk mengelar leher isterinya hingga mati selain tiada kehilangan barang berharga yang boleh dikaitkan dengan kejadian samun,” katanya.

Difahamkan, anak perempuan pasangan itu kini dijaga jirannya buat sementara waktu sebelum polis mendapat perintah mahkamah dan menyerahka­n kanak-kanak itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Kota Samarahan membenarka­n permohonan reman tujuh hari terhadap suspek bermula semalam hingga 17 Februari ini.

Majistret Dayang Roseling Awang Mahdini membenarka­n permohonan itu bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kelmarin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, mangsa ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumahnya.

Katanya, suami mangsa mendakwa menemui wanita itu dalam keadaan sedemikian selepas pulang daripada mengambil anak perempuan mereka berusia lapan tahun dari sekolah.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati suri rumah warga Indonesia berusia 36 tahun itu mati akibat dikelar,” katanya.

Tiada barang berharga yang hilang boleh dikaitkan dengan kejadian samun

 ??  ?? ANGGOTA polis membawa keluar mayat mangsa.
ANGGOTA polis membawa keluar mayat mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia