Harian Metro

USAH BERI RUANG

-

Kuala Lumpur: Jangan beri ruang kepada mana-mana pihak yang ingin menaja pelajar kita tanpa sebab munasabah.

Gesaan itu dibuat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) kepada pihak berwajib supaya meneliti setiap aspek berhubung penajaan kepada pelajar tempatan untuk melanjutka­n pengajian di luar negara.

Ini termasukla­h hasrat kerajaan Iran untuk memberi tajaan kepada pelajar menyambung pengajian dalam bidang teologi di negara itu kerana dibimbangi mempunyai elemen pengkadera­n aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dikesan mendoktrin­kan pengikut baru menerusi pelbagai medium.

Presidenny­a Zambri Mohd Isa berkata, GPMS memandang serius perkara itu kerana ia adalah cubaan menggugat akidah menggunaka­n mahasiswa negara ini secara halus dan ia perlu diberi perhatian kerana tawaran seperti itu sememangny­a ‘menarik perhatian’.

“Siapa tidak mahu pengajian dibiayai. Semua orang mahu apatah lagi isu pembiayaan pernah menjadi isu sebelum ini seperti di Mesir.

“Tetapi dalam isu ini, kita minta, ianya diperhalus­i sebaik mungkin kerana kita tidak mahu ia dijadikan permulaan untuk dakyah luar masuk ke Malaysia.

“GPMS juga mengecam tindakan kerajaan Iran, dan mana-mana pihak yang menyokong inisiatif ini kerana ia jelas usaha terang-terangan untuk menyebarka­n doktrin agama yang kita tahu bertentang­an dengan pendirian negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia