Harian Metro

‘TIDAK KIRA SIAPA MEMBAWA ISU, SIAPA LAKUKAN KESALAHAN, KITA HARUS BERANI KE DEPAN’

-

Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pernah menggempar­kan negara dengan pendedahan mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgende­r (LGBT) lebih sepuluh tahun lalu.

Sejak itu pelbagai pendedahan mengenai judi, rasuah dan salah guna kuasa dilaporkan kepada pihak berwajib sehingga meningkatk­an populariti Presidenny­a Datuk Azwanddin Hamzah.

Ada yang menganggap pendedahan demi pendedahan itu bertujuan untuk ‘menjual diri’ untuk mendapat kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengakui dia hanya mahu membantera­s gejala yang boleh merosakkan negara, ikuti penjelasan aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berusia 45 tahun itu kepada wartawan YUSMIZAL DOLAH

ALING melalui ruangan Kafe Ahad minggu ini.

JMM ditubuhkan pada 2008 dan pada peringkat awal, kita ada tujuh orang. Awalnya ialah lebih kepada penumpuan kajian yang membabitka­n beberapa universiti bersama.

Kajian JMM pada waktu itu ialah untuk dua perkara. Pertama berkaitan dengan agenda asing yang tidak pernah ada mana-mana NGO berikan fokus khususnya apakah bentuk agenda asing masuk ke negara kita ini.

Agenda asing ini bukan hanya berdasarka­n ekonomi, tetapi apakah gerakan terancang yang masuk ke sini untuk mengganggu gugat khususnya politik, ekonomi dan juga sosial.

Kedua, penumpuan kita bermula dengan agenda rasuah, kita ada buat beberapa kajian dan kerjasama dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan baru-baru ini kita diiktiraf oleh SPRM untuk mewujudkan portal My Aduan Rasuah yang dirasmikan Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Rasuah ini, kita bukan untuk cari kesalahan, tetapi bentuk kajian kita lebih kepada pendidikan iaitu program transparen­si dengan universiti dan juga sekolah dan penjawat awam.

Kita juga banyak mendedahka­n apakah rasuah yang berlaku. Rasuah ini bukan hanya kewangan, rasuah projek, tetapi rasuah pemikiran. Itu fokus kita. Apakah bentuk rasuah pemikiran, ia sudah pasti ada agenda dengan kuasa asing.

Sudah pasti NGO ini adalah kumpulan yang diketahui masyarakat iaitu kumpulan pendesak ketiga. Kumpulan yang ditubuhkan sudah pasti mempunyai ideologi, perjuangan­nya.

Dan bila kita sebut sebagai NGO, kita tahu seluruh negara pun penubuhan NGO itu untuk apa. Sudah pasti untuk menyuaraka­n sesuatu perkara yang untuk diberikan perhatian oleh kerajaan dan kumpulan lain. Untuk menyuaraka­n, selepas kita buat kerja, kita ada peringkat kita.

Pertama, kita buat laporan, tetapi kalau laporan tak berjalan, sudah pasti kita akan suarakan. Kita melihat, bukan kerana untuk mencari populariti, tetapi untuk mendapatka­n perhatian daripada pihak kerajaan, masyarakat dan kumpulan yang perlu mengambil kepentinga­nnya.

NGO ini kita kenali sebagai kumpulan pendesak, suara ketiga, kumpulan yang menyuaraka­n pandangan. Andai kata kita sebuah NGO, dan tidak menyuaraka­n sesuatu, tidak mendapat perhatian daripada kerajaan atau mana-mana, saya rasa itu NGO yang tidak efektif.

Banyak. Kalau kita lihat selain daripada bercakap mengenai fakta yang benar, kita juga perlu teliti secara perlu ada fakta yang benar, perlu kajian. Selain kajian kita perlu ada hubungan, jaringan yang baik dan selain fakta yang kuat kita juga perlu ada dokumen yang kuat, kita juga perlu suarakan.

Itu yang saya cakap, NGO perlu berani ke hadapan untuk menyuaraka­n dan tidak kira siapa yang membawa isu, siapa yang lakukan kesalahan, kita harus berani ke depan dan suarakan tanpa ada sekatan.

Jika kita tidak suarakan mungkin tidak dapat perhatian sebab kerajaan tidak ambil berat ataupun kita menyuaraka­n kerana nak cari populariti dan sebagainya tetapi kita yakin suara itu penting. NGO tidak ada kuasa, tetapi JMM yakin suara itu lebih besar daripada kuasa.

Apabila kita berjaya mengumpul lebih banyak suara dan suara kita itu lebih besar untuk diperkatak­an atau diterjemah­kan, sudah pasti pihak kerajaan atau mana-mana agensi kerajaan yang selama ini kita tegur akan mengambil lebih serius dan ini akan dijadikan perhatian kerana suara ini bukan datang oleh satu individu Azwanddin Hamzah, tetapi daripada ahli JMM dan ahli ini mempunyai kelompok yang rapat dengan masyarakat. Jadi suara yang kita bawa adalah suara masyarakat. Dengan menggunaka­n suara yang besar untuk didengari oleh mana-mana pihak yang tertentu.

JMM ini kalau ikut sejarah kita, 10 tahun sejak ditubuhkan dan tahun ini masuk tahun kesebelas, kita tidak ada pengasas daripada pemimpin politik. Kita lahir di bawah pokok dan kita ambil inisiatif untuk daftar pertubuhan.

Mesyuarat pertama saya masih ingat di bawah pokok di Bukit Antarabang­sa dan ketika itu apa agenda kita iaitu untuk tubuhkan, suarakan sesuatu perkara dan mendapatka­n perhatian.

Perhatian itu sudah pasti bukan perhatian individu dan saya tak nafi, saya sebenarnya menggalakk­an lebih banyak NGO ditubuhkan dalam negara kita.

Kemungkina­n ruang seseorang untuk suarakan dalam sistem politik atau dalam sistem kerajaan mungkin mereka tidak diberi peluang. Mungkin saya tidak begitu sesuai duduk dalam politik, ada kumpulan yang boleh duduk dalam politik, dia suarakan dalam politik.

Ada kumpulan yang boleh duduk dalam kerajaan untuk suarakan kepada kerajaan, tetapi saya lebih selesa dan sesuai untuk menyuaraka­n melalui NGO.

Kenapa saya galakkan lebih banyak NGO ditubuhkan kerana kita kena melihat secara positif. Ramai antara pemimpin NGO ini mereka mempunyai bakat dan kelebihan. Mereka ada sebab mereka tubuhkan NGO itu kerana akhirnya kita melihat kepentinga­n masyarakat.

Saya galakkan lebih banyak NGO berasaskan Melayu dan Islam ditubuhkan kerana kita tidak hanya boleh bergantung kepada satu parti saja, Melayu saja untuk bercakap soal orang Melayu. Mungkin dia bercakap berat sebelah berkaitan isu mereka.

Tetapi apakah permasalah­an Melayu ini boleh diselesaik­an satu kumpulan, mungkin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia