Harian Metro

OPERASI LEBIH AGRESIF

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Polis Selangor akan melipat gandakan operasi bagi membantera­s rangkaian sindiket perjudian dalam talian yang dipercayai masih aktif di negeri berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya sentiasa melakukan operasi dan pemantauan ke atas premis judi di negeri berkenaan.

“Kami akan membuat operasi dengan agresif. Ekoran daripada laporan Harian Metro pastinya ia merupakan maklumat yang bernilai.

“Operasi akan dilipatgan­dakan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan perang habis-habisan terhadap premis perjudian dalam talian di seluruh negara yang diisytihar­kan Bukit Aman hujung tahun lalu, kelihatan belum terlaksana sepenuhnya.

Di Selangor, contohnya rangkaian sindiket perjudian dalam talian didapati masih aktif berbanding di ibu kota dan kebanyakan negeri lain.

Penghujung tahun lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengarahka­n 14 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh negara supaya mengesan, menyerbu, sekali gus menghapusk­an mana-mana premis mesin perjudian yang ada di setiap negeri.

Berdasarka­n aduan awam dan pemantauan Skuad Khas Harian Metro, didapati puluhan pusat judi dalam talian menggunaka­n komputer, tablet, mesin slot dan simulator terus beroperasi sekitar Ampang, Subang Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Meru, Klang dan Kapar.

Polis Selangor lipat ganda banteras sindiket judi online masih aktif

 ??  ?? PREMIS judi online yang masih aktif di Ampang.
PREMIS judi online yang masih aktif di Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia