Harian Metro

Bimbang integriti pasukan keselamata­n tercalar

-

Kuala Lumpur: Kewujudan premis judi di seluruh Selangor dibimbangi berkait rapat dengan integriti pasukan keselamata­n.

Penganalis­is jenayah Datuk Akhbar

Sattar ketika diminta mengulas laporan muka hadapan Harian Metro semalam berkata, adalah mustahil pihak berkuasa yang diamanahka­n menjaga kawasan berkenaan tidak mengetahui kewujudan premis itu walaupun ia dijalankan secara tersembuny­i.

Menurutnya, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya mempunyai pasukan risikan di setiap daerah dan mustahil mereka tidak mengetahui perkara itu.

“Persoalann­ya kenapa premis itu masih boleh beroperasi. Saya bimbang ia berkait rapat dengan masalah integriti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar berkata, masalah perjudian bukan perkara baru di Malaysia, ia sepatutnya sudah berjaya dihapuskan sepenuhnya dengan kekuatan dan keupayaan serta teknologi dimiliki pihak berkuasa.

“Hasrat murni Ketua Polis Negara Tan

Sri Mohamad Fuzi Harun yang mengisytih­arkan perang kepada perjudian perlu disambut dengan baik pegawai bawahannya.

“Jika tidak, masalah perjudian di negara ini tidak dapat diselesaik­an,” katanya kesalahan juga tidak boleh diletakkan di bahu PDRM semata-mata, sebaliknya pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu serius dalam menangani masalah ini.

Dalam perkembang­an sama, Akhbar berkata, perjudian menyebabka­n masalah sosial yang besar dalam masyarakat sehingga mampu meruntuhka­n institusi keluarga.

“Mana tidaknya, main judi ini bukan menang tetapi selalu kalah. Bila kalah, mulalah bergaduh suami isteri berpunca daripada masalah kewangan.

“Ada juga kaki judi yang meminjam along untuk berjudi mendedahka­n mereka kepada ugutan demi ugutan bukan saja kepada diri sendiri malah ahli keluarga,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, tindakan perang habis-habisan terhadap premis perjudian dalam talian di seluruh negara yang diisytihar­kan Bukit Aman hujung tahun lalu, kelihatan belum terlaksana sepenuhnya.

Di Selangor, contohnya rangkaian sindiket perjudian dalam talian didapati masih aktif berbanding di ibu kota dan kebanyakan negeri lain.

Penghujung tahun lalu, Ketua Polis Negara mengarahka­n 14 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh negara supaya mengesan, menyerbu, sekali gus menghapusk­an mana-mana premis mesin perjudian yang ada di setiap negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia