Harian Metro

URUSAN ANAK ITU REZEKI

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

 Bunga nafi dakwaan tidak mahu

hamil, mahu lagi seorang zuriat

Kuala Lumpur: Pegawai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) yang disyaki terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap pelajar perempuan berusia 17 tahun ketika ujian memandu sudah diambil tindakan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, pegawai berkenaan sudah dipindahka­n ke bahagian lain sementara siasatan lanjut dijalankan terhadap insiden itu.

“Kami kesal atas kejadian yang berlaku dan pegawai

Selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestary, 35, menafikan dakwaan dia tidak mahu hamil lagi.

Bunga ketika ditemui berkata, dia takkan sesekali menolak rezeki untuk menimang cahaya mata.

Menurut Bunga, sebagai wanita berkeluarg­a dia sentiasa ada keinginan untuk memiliki anak kedua.

“Siapa kata saya sudah tidak mahu hamil lagi? Sejujurnya, saya ingin, tetapi urusan anak itu rezeki.

“Semuanya atas ketentuan Yang Maha Esa walaupun saya dan suami sudah berusaha,” kata isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair ini.

Bagaimanap­un, Bunga sangat bersyukur kerana sudah dikurniaka­n seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair.

Penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini bertemu jodoh dengan pelakon Malaysia Ashraf, 39, dan mereka bernikah 8 November 2008.

Bunga yang akan mengadakan konsert sulungnya di negara ini bersama Anuar Zain dan Yuka Kharisma pada April nanti berkata, dia selesa berfikir positif.

“Soal anak, kalau saya dan suami ada rezeki kami mahu seorang lagi anak.

“Namun saya hanya mampu merancang dan selebihnya berserah kepada Tuhan,” katanya.

Menurut Bunga, jika ditakdirka­n dia dan suami hanya memiliki seorang anak, mereka reda.

“Sebagai suami isteri bekerjaya, saya dan

Ashraf tidak pernah menjadikan soal anak sebagai isu.

“Kami okay dan menerima ketentuan Allah dengan berlapang dada.

Jika ada rezeki menimang anak lagi, kami terima,” katanya.

Bunga berkata, dia gembira dan bahagia menjalani kehidupan hariannya sebagai isteri dan ibu.

Katanya, mereka bertiga saja sudah saling melengkapi di antara satu sama lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia