Harian Metro

Kesal salah guna nama Febians

-

Penyanyi rock popular, Bandi Amuk kesal dengan tindakan beberapa individu yang menggunaka­n nama kumpulan lamanya, Febians tanpa kebenaran.

Bandi atau dikenali sebagai Nasha yang juga vokalis Febians berkata, kewujudan Febians palsu ini amat mengeliruk­an peminat yang menyangka Febians asal diwujudkan semula.

“Ada peminat bertanya kami Febians asal tidak

>>Kumpulan Febians palsu aktif buat persembaha­n di Johor, Singapura

mahu bergabung semula. Dalam masa sama mereka keliru kerana ada kumpulan menggunaka­n nama Febians dan aktif buat persembaha­n di Johor dan Singapura.

“Kami sendiri terkejut kenapa mereka berani gunakan nama Febians sedangkan anggotanya bukan yang asal. Saya banyak dihujani pertanyaan peminat yang inginkan kepastian,” katanya.

Febians atau D’Febians yang dianggotai Nasabandi Jumat (Nasha), Aziz Mohamed (Aziz), Sufian Samiran (Yan), Harun Rahman (Harun) dan Samsuri Tahir (Sham) aktif pada awal 1980-an dan 1990-an.

Mereka popular dengan lagu seperti Untukmu Sayang dan Penantian.

Bandi berkata, anggota Febians palsu ini terdiri daripada pemuzik muda dan permainan muzik mereka tidak setaraf anggota asal.

“Mereka langsung tidak minta kebenaran kami, tetapi dakwa nak perjuangka­n nama Febians. Apa sebenarnya niat mereka?

“Kami masih hidup dan apa yang dilakukan langsung tidak logik,” katanya.

Dalam pada itu, Febians bersama empat band rock lain iaitu MAY, Metalian, Scandals dan Burnmarks beraksi dalam persembaha­n eksklusif Juara-Juara Rock Selepas 3 Dekad 8 April ini di The House G-Tower, Jalan Tun Razak, di sini.

 ??  ?? BANDI
BANDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia