Harian Metro

MACAM-MACAM ALASAN

- Ruwaida Md Zain am@hmetro.com.my

 Lelaki pandu kereta tanpa lesen disaman dalam Op Selamat 12

Seorang lelaki memberi alasan kereta dipandunya milik isteri yang hamil selepas ditahan kerana memandu tanpa lesen dalam Op Selamat 12 di Jalan Banting-Pandamaran di sini, awal pagi, semalam.

Bagaimanap­un, alasan lelaki berusia 30-an itu tidak diterima pihak berkuasa apabila dia dikenakan saman dalam operasi yang dijalankan sempena Tahun Baru Cina.

Lelaki terbabit mendakwa tidak pernah memiliki lesen memandu walaupun mula mahir memandu kereta sejak berusia 15 tahun.

Dia juga gagal memberi jawapan ketika ditanya mengapa tidak memohon lesen memandu namun memberi jaminan akan melakukann­ya dalam masa terdekat.

“Ini kereta isteri saya, dia sarat mengandung sebab itu saya pandu keretanya,” katanya yang ditahan di persimpang­an lampu isyarat Jalan Banting-Pandamaran.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli yang berada di lokasi berkata, 83 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan terutama melanggar lampu isyarat.

“Di daerah Klang Selatan, kami melakukan sekatan jalan raya di dua lokasi panas iaitu Jalan Banting-Pandamaran dan Jalan Kem.

“Sebanyak 62 saman dikeluarka­n atas kesalahan melanggar lampu merah, lapan membabitka­n kesalahan tiada lesen memandu, lima tiada cukai jalan,” katanya.

Menurutnya, lima saman lagi dikeluarka­n atas kesalahan mengubah suai nombor pendaftara­n, dua lagi tidak memakai topi keledar dan satu menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu.

“Kami harap operasi ini dapat membantu mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya di Klang Selatan,” katanya.

Menurut Shamsul Amar, bagi tempoh 14 hari Op Selamat sempena Tahun Baru Cina pada 2017, 478 kemalangan termasuk satu kemalangan maut yang mengorbank­an satu nyawa dicatatkan.

“Kebanyakan kemalangan membabitka­n penunggang motosikal di jalan bandaran. Saman yang dikeluarka­n bagi tempoh 14 hari operasi terbabit sebanyak 3,192 membabitka­n pelbagai kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, sebagai permulaan operasi sekatan jalan raya untuk Op Selamat 12, tumpuan diberikan kepada dua kawasan panas terbabit.

 ??  ?? SHAMSUL Amar (dua dari kiri) membuat pemantauan di lokasi Op Selamat 12, semalam.
SHAMSUL Amar (dua dari kiri) membuat pemantauan di lokasi Op Selamat 12, semalam.
 ?? Shamsul Amar Ramli ?? Di daerah Klang Selatan, kami melakukan sekatan jalan raya di dua lokasi panas iaitu Jalan Banting-Pandamaran dan Jalan Kem”
Shamsul Amar Ramli Di daerah Klang Selatan, kami melakukan sekatan jalan raya di dua lokasi panas iaitu Jalan Banting-Pandamaran dan Jalan Kem”
 ??  ?? ANGGOTA polis trafik melakukan sekatan di Jalan Banting-Pandamaran, semalam.
ANGGOTA polis trafik melakukan sekatan di Jalan Banting-Pandamaran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia