Harian Metro

Dua jam 1,129 saman

-

Sebanyak 1,129 saman dikeluarka­n polis dalam Operasi Lampu Merah sempena Op Selamat 12 di seluruh negeri ini sepanjang dua jam operasi, semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Pengkuatku­asaan Trafik (JSPT) Selangor Deputi Superinten­dan Sahimi

Husin berkata, operasi bermula jam 10 pagi hingga jam 12 tengah hari sebagai gimik perasmian pelancaran Op Selamat 12 Tahun Baru Cina peringkat Kontinjen Selangor.

Menurutnya, antara kesalahan ialah melanggar lampu merah, tiada lesen memandu, memandu tanpa cukai jalan, nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan dan tidak memakai topi keledar.

“Kesalahan tertinggi direkodkan melanggar lampu merah dengan 281 saman dikeluarka­n diikuti nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i iaitu 207 saman, tiada lesen memandu (193), tiada cermin sisi (151), tiada cukai jalan (130) dan lain-lain kesalahan (161).

“Operasi ini sebagai gimik pelancaran Op Selamat 12 yang akan memberi tumpuan kepada mencegah kemalangan jalan raya, mengambil tindakan terhadap pesalah lalu-lintas selain membuat rondaan pencegahan jenayah pecah rumah serta curi kenderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Operasi Lampu Merah di persimpang­an lampu isyarat pekan Meru di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan.

Dalam operasi itu, 34 motosikal disita membabitka­n pelbagai kesalahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk tindakan selanjutny­a.

Sahimi berkata, operasi dua jam itu dibahagika­n kepada empat zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Tengah.

“Zon Utara membabitka­n Sabak Bernam hingga ke Klang Selatan, Zon Selatan (Kuala Langat, Sepang, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), dan Serdang).

“Zon Timur pula dari Hulu Selangor, Sungai Buloh, Gombak dan Ampang Jaya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia