Harian Metro

Teliti beli sayur

-

bahan mentah makanan seperti sayur dan ikan di pasaran menimbulka­n keraguan tahap kebersihan sehingga pengguna bimbang diserang pelbagai penyakit. Bagaimana mengatasi masalah itu?

SHAMSUL Serdang, Selangor

saja iaitu tanam sendiri sayuran jika berkesempa­tan dan mempunyai ruang mencukupi sekali gus tahap kesucian dan kebersihan tidak menjadi masalah kerana kita sendiri yang menanamnya.

Namun, hakikatnya orang ramai perlu lebih peka dan sensitif kepada tahap kebersihan kerana ia boleh mendatangk­an pelbagai penyakit jika mengabaika­nnya.

Oleh itu, pengguna perlu teliti dan mengelak membeli sayuran daripada penjual yang diketahui mengabaika­n aspek kebersihan.

ramai individu yang mengalami kerugian sehingga puluhan ribu ringgit berikutan ditipu sindiket ‘scam’ yang membuat panggilan kononnya mewakili jabatan kerajaan. Bagaimana cara terbaik mengatasi masalah ini?

INTAN Bangi

ramai mudah terpedaya dan berasa takut apabila diugut menerusi panggilan seolah-olah mereka ada membuat kesalahan berkenaan sehingga ahli sindiket ‘scam’ itu berjaya meminta mangsa memindah wang ke akaun pihak tertentu.

Perkara berkenaan sepatutnya disiasat terlebih dahulu dengan pihak berkaitan atau rujuk kepada polis jika mendapat panggilan mencurigak­an.

Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan panggilan seumpama itu dan setiap data peribadi termasuk butiran akaun bank harus dirahsiaka­n bagi mengelak disalah guna pihak tertentu.

pakej umrah semakin berleluasa menyebabka­n ramai terpaksa berputih mata untuk ke Tanah Suci. Sebagai pengguna ,bagaimana mahu memastikan tidak menjadi mangsa penipuan pakej umrah terbabit?

ANDA TANYA

AZAM Shah Alam

dengan pakej umrah yang ditawarkan pada harga murah kerana jika tidak menyiasat terlebih dulu kemungkina­n boleh menjadi mangsa penipuan hingga terkandas di lapangan terbang nanti.

Setiap tahun pasti kita akan mendengar terdapat individu ditipu oleh syarikat yang menawarkan pakej umrah dengan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Rujuk terlebih dahulu dengan pihak Tabung Haji (TH) bagi memastikan syarikat yang menawarkan pakej umrah itu mendapat pengiktira­fan atau sebaliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia