Harian Metro

TERKENA ‘DERMA DAN REDA’

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Pelaburan penuh muslihat menggunaka­n istilah ‘derma dan reda’ supaya pelabur menyerahka­n wang tunai untuk mendapatka­n keuntungan berlipat kali ganda hingga mencecah jutaan ringgit.

Skim berkenaan yang menyasarka­n golongan 50 tahun ke atas terutama individu yang hampir bersara dikatakan mampu mengaut lebih RM1 juta jika melabur kira-kira RM10,000.

Antara mangsa skim berkenaan adalah seorang pesara guru dikenali sebagai Syakila, 59, apabila melabur hampir separuh wang persaraann­ya berjumlah kira-kira RM100,000 kononnya bakal memperoleh keuntungan RM10 juta.

Hakikatnya, Syakila sudah melabur lebih dua tahun sejak pertengaha­n 2016, namun sehingga kini keuntungan yang dijanjikan dalam tempoh setahun pelaburan tidak pernah dirasainya.

Menceritak­an pengalaman itu, dia yang berasal dari negeri pantai timur berkata, skim berkenaan diperkenal­kan rakan baik kononnya mampu menjana keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat.

”Skim berkenaan kononnya diasaskan seorang ahli perniagaan negara asing yang kaya dan mempunyai banyak harta seterusnya mahu menderma kekayaan yang dimiliki kepada orang lain.

“Oleh itu, rakan memberitah­u keuntungan yang diperoleh itu lebih berupa sedekah kepada ahli perniagaan terbabit kepada orang ramai manakala tujuan mengeluark­an wang sendiri adalah bagi membuktika­n komitmen pelabur saja,” katanya.

Syakila berkata, mendengar keuntungan lumayan yang bakal diperolehn­ya dia tidak teragak-agak menyertai skim pelaburan berkenaan dengan jumlah keseluruha­n RM100,000.

“Wang pelaburan itu dibayar secara berperingk­at kepada wakil ahli perniagaan itu dalam tempoh tiga bulan hasil wang pencen yang saya diperoleh selepas bersara.

“Saya dijanjikan hasil jutaan ringgit dalam tempoh setahun saja dan ketika mendengar ‘janji manis’ itu terasa berada seperti di awangan dengan segalanya mahu dibeli,” katanya.

Bagaikan menunggu kucing bertanduk apabila keuntungan yang dijanjikan itu tidak dapat dinikmati oleh Syakila selepas hampir dua tahun menunggu.

“Malah, usaha menghubung­i wakil ahli perniagaan itu juga gagal dan ketika itu saya mendapati ramai lagi menjadi mangsa penipuan skim berkenaan yang kemungkina­n didalangi sindiket negara asing,” katanya.

Selain itu, ahli keluarga terutama suaminya menegur tindakan Syakila yang terlalu mempercaya­i rakan baik dengan melabur dalam skim tidak masuk akal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia