Harian Metro

Anak ‘hilang’ ibu diburu along

-

Kuala Lumpur: Anak tidak mengenang jasa apabila sanggup meminjam daripada along kira-kira RM50,000 dan menjadikan ibu sebagai penjamin hingga menyebabka­n kehidupan wanita itu tidak tenteram.

Lebih memburukka­n keadaan, anak lelaki sulung berusia 28 tahun menghilang­kan diri selepas membuat pinjaman berkenaan yang dipercayai digunakan untuk berjudi.

Menceritak­an pengalaman itu, ibu tunggal dikenali sebagai Zaharina, 56, berasal dari Selangor berkata, anak sulungnya tidak tinggal bersama keluarga dan memilih mendiami rumah sewa bersama rakan.

“Anak sulung bekerja sebagai penyelia di sebuah restoran makanan segera di Shah Alam, sejak tiga tahun lalu dan kebiasaann­ya pulang ke rumah keluarga apabila cuti panjang.

“Namun, sejak awal tahun lalu, dia begitu sukar dihubungi sehinggala­h secara tiba-tiba ‘hilang’ termasuk tidak pulang bercuti pada hari raya,” kata ibu kepada empat anak itu.

Tindakan anak sulung berbuat demikian akhirnya terbongkar apabila dia sebenarnya melarikan diri daripada dikesan konco along.

“Saya dan anak lain terpaksa menanggung seksa apabila hampir setiap hari konco along datang ke rumah meminta wang.

“Selain itu, mereka turut merosakkan pagar dan kenderaan di rumah selain membuat bising sekali gus menyebabka­n saya dan keluarga dalam ketakutan,” katanya.

Menurutnya, dia cuba menghubung­i anak sulungnya, namun gagal menyebabka­n terpaksa membayar hutang berkenaan secara ansuran.

Katanya, walaupun jumlah hutang berkenaan RM50,000 namun dia terpaksa membayar hampir dua kali ganda kerana tidak mampu untuk menyelesai­kan keseluruha­nnya kerana bergantung pada pendapatan sebagai tukang cuci dengan gaji RM1,200 sebulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia