Harian Metro

KAUNSELING KELUARGA

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Hukuman lebih berat dapat beri pengajaran kepada

orang ramai supaya tidak dera kanak-kanak

Dera sampai mati. Itu tragedi menyayat hati berlaku terhadap seorang murid tahun tiga, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah dipercayai akibat didera.

Kematian Nur Aina Nabihah, 9, nyata menggempar­kan negara kerana netizen menyifatka­n penderaan itu tidak berperikem­anusiaan selepas hasil bedah siasat mendapati kematian kanak-kanak itu akibat buah pinggang rosak, usus terkoyak dan patah tulang rusuk.

Hasil siasatan polis juga mendapati mangsa dipukul dengan objek tumpul dan kanak-kanak malang itu menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), Khamis lalu.

Nur Aina Nabihah adalah seorang daripada ribuan kanakkanak yang menjadi mangsa keganasan.

Walaupun kes sebegini kerap dilaporkan media, peningkata­n kes penderaan ini makin membimbang­kan, lebih-lebih lagi dilakukan oleh keluarga sendiri.

Menerusi tinjauan Suara

Maya dalam web myMetro bertajuk #Apakah kaedah terbaik untuk elak berlakunya penderaan kanak-kanak, sebanyak 29.4 peratus responden bersetuju supaya keluarga bermasalah diberi kaunseling sebagai langkah awal mengatasi masalah penderaan terhadap anak berikutan kecenderun­gan ibu bapa melakukan keganasan datangnya daripada kepincanga­n keluarga.

Selain itu, 26.5 peratus responden mahu hukuman lebih tinggi dikenakan terhadap pesalah yang melakukan penderaan kepada kanak-kanak sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Manakala, 23.5 peratus responden pula mahu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan pemantauan berkala terhadap keluarga yang bermasalah dan berpecah bagi melindungi kanak-kanak daripada didera.

Malah, 20.6 peratus responden memilih supaya setiap pasangan yang bakal menimang cahaya mata mengikuti kursus keibubapaa­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia