Harian Metro

BANTU PESAKIT MENTAL

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Debaran dada semakin kuat, denyutan jantung kian pantas, jemari bertukar kaku, diikuti helaan nafas berkuranga­n, menjadi simptom serangan panik yang menewaskan Anita Abu Bakar sehingga dikejarkan ke hospital.

Rasa bimbang, ketakutan melampau dan trauma dengan serangan panik meletakkan dia seperti dalam keadaan menghadapi mati, wanita berusia 40 tahun ini mengalami kemurungan tidak mampu menguruska­n diri apatah suami mahupun dua anaknya.

“Serangan panik berlaku sekitar Ogos 2014, sebaik kami sekeluarga selesai makan malam. Tiba-tiba saya berasa bimbang, takut dan tidak boleh bernafas, sehingga berasa akan mati.

“Suami bergegas membawa saya ke hospital untuk mendapatka­n rawatan kecemasan.

“Kesan serangan panik itu, saya berubah 100 peratus. Setiap hari saya dihantui trauma, tidak boleh keluar rumah dan sentiasa bimbang.

“Saya juga tidak mampu menguruska­n diri sendiri dan anak, lebih teruk, kedua-dua anak masih menyusu badan.

“Keadaan mental saya terlalu lemah, bayangkan untuk makan pun perlu bersuap.

“Selain suami, emak individu paling saya hargai kerana sanggup tinggal bersama semata-mata untuk menjaga saya.

“Enam hingga lapan bulan kemudian, barulah dapat stabilkan keadaan psikologi. Pernah berjumpa pakar psikiatri, tetapi tidak terlalu positif, justeru saya berhenti.

“Empat tahun lalu, saya dan keluarga tidak tahu di mana untuk mendapatka­n pertolonga­n.

“Justeru, saya menubuhkan Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) pada 2016 untuk membantu pesakit seperti saya,” katanya ketika ditemui.

Mencungkil faktor situasi berkenaan,

Anita menyifatka­n dia individu mementingk­an kesempurna­an, itu memberi tekanan dalam menguruska­n keluarga dan

 ??  ?? MILIKI perniagaan dan menggerakk­an NGO.
MILIKI perniagaan dan menggerakk­an NGO.
 ?? FOTO ?? BERSAMA anak
tersayang.
FOTO BERSAMA anak tersayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia