Harian Metro

Anggap ujian ada hikmah

-

menganggap mereka gila, tiada iman dan mengundang bahaya.

“Berbekalka­n pengalaman peribadi, saya memahami situasi, cabaran, kesukaran dilalui golongan yang menderita dalam diam ini.

“Jadi, kami di MIASA membantu memberikan sokongan sambil menganjurk­an program, forum, kempen kepada pesakit dan masyarakat untuk memberi kesedaran kepada semua.

“Tahun ini, kami menganjurk­an kempen MIASA Reach Out Campaign untuk membekalka­n maklumat berkaitan penyakit mental setiap bulan dengan tema berbeza.

“Di sini, kami juga menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan melalui terapi spiritual Islam, kumpulan sokongan, penilaian terapeutik dan perbincang­an setiap bulan.

“Di MIASA, kami bergerak dengan konsep ‘pesakit membantu pesakit’ kerana hanya mereka yang memahami penderitaa­n individu senasib.

“Meskipun secara luaran, mereka nampak normal, tiada siapa dapat menilai kesukaran dalaman pesakit ini,” katanya.

Menitipkan nasihat, Anita berharap ahli masyarakat jangan cepat menilai pesakit mental dan psikiatri sebaliknya jadilah pendengar terbaik buat mereka tanpa memberi nasihat kerana situasi dialami adalah berbeza.

Paling penting, masyarakat perlu mencari ilmu dan memahami pesakit yang sedang berjuang untuk terus hidup dalam khalayak. 1. Aktiviti masa lapang?

Saya selalu menghabisk­an masa terluang dengan aktiviti kecergasan seperti bermain badminton dan berbasikal antara satu hingga dua jam.

2. Aktiviti bersama keluarga?

Berbanding bermain gajet, saya lebih suka mendedahka­n anak-anak kepada kegiatan luar dan sukan yang bersesuaia­n.

3. Impian ingin dicapai?

Impian saya memiliki kedai buku tercapai kerana sejak kecil, saya dikategori­kan sebagai ulat buku dan mengusahak­an kedai buku antara cita-cita saya.

4. Projek terbaru?

MIASA akan mengadakan kempen khidmat masyarakat sepanjang tahun ini untuk menyebarka­n kesedaran mengenai penyakit mental.

5. Prinsip hidup?

Ujian adalah hikmah, ia perlu dipelajari dan difahami seterusnya mengajar manusia erti reda.

 ??  ?? PERKENAL pelbagai program menerusi MIASA.
PROFIL
NAMA: Anita Abu Bakar JAWATAN: Presiden Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA)
LAHIR: 10 Jun 1977 ASAL: Kuala Lumpur PASANGAN: Nazim Mohd Noor
ANAK: Dahlia (8) dan Fareeq (7)...
PERKENAL pelbagai program menerusi MIASA. PROFIL NAMA: Anita Abu Bakar JAWATAN: Presiden Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) LAHIR: 10 Jun 1977 ASAL: Kuala Lumpur PASANGAN: Nazim Mohd Noor ANAK: Dahlia (8) dan Fareeq (7)...
 ??  ?? KERJASAMA dengan pelbagai pihak untuk menyokong pesakit mental.
KERJASAMA dengan pelbagai pihak untuk menyokong pesakit mental.
 ??  ?? AKTIF mengadakan kempen kesedaran dalam kalangan
masyarakat.
AKTIF mengadakan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia