Harian Metro

Niat wakaf atas nama ibu bapa

-

sampai pahala kepada ibu bapa yang masih hidup sekiranya seorang anak berniat wakaf atas nama mereka dengan menyalurka­n wang setiap bulan bagi pembinaan masjid?

Abdul Ghani, Seri Kembangan

adalah balasan di alam akhirat. Ia juga perkara ghaibiyat (alam ghaib). Allah SWT memberi petunjuk cara dan ciri pahala supaya manusia boleh mencari yang benar.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (pahala) orangorang yang membelanja­kan harta mereka ke jalan

Allah seumpama sebutir benih yang tumbuh menerbitka­n tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgan­dakan pahala bagi sesiapa yang dikehendak­i-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 261)

Malah, digalakkan bersedekah sebelum tiba hari yang tiada lagi manfaat sedikitpun harta dunia iaitu ketika dimatikan manusia. Tiada lagi amalan yang boleh memberikan manfaat melainkan sedekah.

Rasulullah

SAW sendiri amat menggalakk­an umatnya memperbany­akkan sedekah jariah. Sebagaiman­a hadis diriwayatk­an Abu Hurairah yang bermaksud: “Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputusla­h amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatk­annya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibu bapanya.”

Sudah pasti sumbangan ikhlas dan pahala yang diniatkan kepada ibu bapa sama ada hidup atau meninggal dunia, akan diperkenan­kan Allah SWT kerana itu janji Allah kepada manusia yang beramal.

Sumbangan dan sedekah yang diberikan ketika hidup juga lebih memberikan kebaikan, keberkatan, rahmat dan kasih sayang.

Antara kelebihan sedekah termasuk mampu menambah harta kekayaan, menjadi ubat penyakit, Allah SWT akan menghindar­kan bahaya, mereka akan melalui titian sirat seperti kilat yang menyambar dan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab dan diseksa. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia