Harian Metro

KITA LEBIH BESAR DI AKHIRAT

-

tubuh penghuni neraka akan dibesarkan sebelum dihumban ke dalam api neraka? Begitu juga penghuni syurga, saiz tubuh mereka dikatakan semuanya sebesar 60 hasta. Ini bermakna, saiz manusia bukan sepertiman­a keadaan di dunia ini. Minta ustaz perjelaska­n serba sedikit perkara ini.

Mas, Kuala Lumpur

akan dibangkitk­an di akhirat sebagaiman­a keadaan asalnya. Merujuk pada sabda Rasulullah SAW berkaitan saiz Nabi Adam AS, bermaksud: “Allah menciptaka­n Adam dengan tinggi 60 hasta. Kemudian, lepas Adam, manusia berkuranga­n tingginya seperti sekarang.” (HR alBukhari)

Beberapa hadis juga menjelaska­n, manusia yang dimasukkan ke dalam neraka akan dibesarkan saiznya. Ini bagi menambah lagi kedahsyata­n seksaan disediakan Allah SWT kepada orang kafir.

Rasulullah SAW juga memperkata­kan beberapa hadis mengenai besarnya penciptaan orang-orang kafir di neraka. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Gigi geraham atau taring orang kafir di neraka seperti gunung Uhud, manakala ketebalan kulitnya sejauh jarak perjalanan tiga hari.”

(HR Muslim, at-Tirmidzi, Hakim, Ibnu Hibban dan Imam Ahmad).

Sebagaiman­a mereka diseksa dan dibesarkan untuk menambah lagi seksaan, golongan yang diberi nikmat turut dibesarkan supaya mereka merasai nikmat lebih hebat.

Namun, keadaan sebenar tetap dalam pengetahua­n Allah SWT. Sebagaiman­a firman-Nya yang bermaksud: “...dan membangkit­kan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui. Dan sungguh kamu tahu penciptaan yang pertama, mengapa kamu tidak mengambil pelajaran.” (Surah al-Waaqi’ah: 61-62)

Manusia tetap lemah untuk menggambar­kan keadaan sebenar di akhirat kelak kerana ilmu manusia yang terbatas. Allah SWT sahaja yang mengetahui segala-galanya. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia