Harian Metro

PILIH KAWAN BAWA KITA DEKAT AGAMA

-

Di dalam satu hadis bermaksud: “Perumpamaa­n teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi; penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi atau engkau boleh membeli minyak wangi darinya dan kalau pun tidak engkau tetap mendapatka­n bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, boleh jadi percikan apinya mengenai pakaianmu dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatka­n bau asapnya yang tidak sedap.” (HR Bukhari dan Muslim)

Zaman sekarang, kita kena pandai memilih kawan. Kita boleh terpengaru­h dengan sikap kawan tanpa disedari.

Sejujurnya, saya tidak mempunyai ramai kawan kerana lebih suka menghabisk­an masa di rumah bersama keluarga. Jika ada urusan penting, baru saya berjumpa kawan seperti di program usrah, jemputan majlis dan sesi penggambar­an.

Banyak pengalaman saya lalui ketika menjadi penari dan pelakon sebelum ini. Tambahtamb­ah lagi, dalam dunia hiburan yang sememangny­a penuh dugaan, cubaan dan tarikan kurang baik untuk dibudayaka­n.

Dunia hiburan banyak mengajar saya erti persahabat­an palsu. Sebagai penari (sebelum kembali fitrah) dulu, sahabat untuk suka ria memang ramai.

Apabila selesai sahaja persembaha­n di kelab, kami akan pergi minum. Wang habis begitu saja, mabuk dan batasan antara lelaki dan perempuan tiada siapa halang.

Stres hilang ketika itu sahaja. Apabila tiba di rumah dalam keadaan mabuk dan berbau busuk itu terus tidur. Pada keesokanny­a, apabila terjaga daripada tidur stres tetap ada.

Kawan-kawan yang berhibur sebelum ini sudah tiada bersama dan hidup kembali kosong. Apa yang patut saya lakukan jika hidup berterusan sebegitu?

Gembira bersama kawan hanya seketika kemudian rasa sepi berpanjang­an. Ketika itu, baru terfikir adakah saya salah memilih kawan dan gaya hidup?

Saya perhatikan semula kehidupan saya. Saya kena belajar memilih kawan dan gaya hidup yang lebih baik. Jika berterusan, wang banyak pun akan cepat habis kerana sering berhibur.

Selepas kembali kepada fitrah Islam, saya sedar pemilihan sahabat memainkan peranan paling penting dalam hidup ini. Mereka banyak mempengaru­hi hidup kita dalam membuat keputusan.

Di dalam satu hadis bermaksud: “Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentinga­nnya masa ketiadaann­ya.” (HR Abu Daud)

Alhamdulil­lah, selepas mula memilih kawan, selesai sahaja persembaha­n saya akan terus pulang ke rumah. Hidup ketika itu rasa lebih terurus dan masalah kewangan tidak lagi timbul.

Bagi saya, pasangan hidup juga adalah sahabat kerana dia paling rapat dengan kita. Sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman bujang, kala sedang mengerjaka­n umrah buat kali pertama ketika usia Islam saya baru lapan bulan.

Di sana, saya berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniaka­n pasangan yang dapat hidup bersama dalam keadaan susah atau senang serta dapat membantu saya mengenali Islam dengan lebih baik.

Perkahwina­n itu juga nanti akan menjadi jambatan bagi kami sama-sama masuk ke syurga. Alhamdulil­lah, Allah mengabulka­n doa itu dan saya temui sahabat dan pasangan dunia dan akhirat, iaitu isteri saya.

Tidak sampai enam bulan doa saya Allah kabulkan, kami akhirnya menjadi pasangan suami isteri.

Jika kawan itu menyebabka­n kita semakin jauh daripada agama dan mendorong kita melakukan perbuatan salah, lebih baik jarakkan diri.

Tambahan pula sekiranya kita jenis mudah dipengaruh­i. Apabila tersilap langkah, boleh musnahkan hidup kita selain menyusahka­n keluarga.

Umar Ibnu al-Khattab meriwayatk­an bermaksud: “Pada satu ketika, saya memohon izin daripada Rasulullah SAW untuk pergi menunaikan umrah.”

Baginda mengizinka­n saya. Baginda berpesan: “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.” Saya amat berbesar hati dengan ungkapan baginda itu. (HR Abu Daud)

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia