Harian Metro

Merantaula­h cari ilmu pengetahua­n

-

“Allah akan meninggika­n orang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mujadilah: 11).

Menuntut ilmu agama adalah semulia-mulia amalan. Ia tidak akan diperoleh melalui jalan mudah dan setiap yang mulia tidak dapat diraih kecuali dengan penuh kesabaran.

Bersabar dan menguatkan kesabaran adalah dua perkara yang diperintah­kan kepada manusia. Seseorang dapat menggapai kesempurna­an iman dengan kesabaran.

Sebahagian ulama berkata: “Ilmu tidak akan boleh digapai dengan badan yang bersenangs­enang.” Tidak dinafikan, dalam memenuhi sesuatu yang mulia itu pasti ada banyak gangguan dan cubaan untuk menggapain­ya.

Ia memerlukan kesabaran menahan rasa lapar, kekurangan harta, jauh daripada keluarga dan tanah air. Jika tidak bersabar, seseorang tidak akan berjaya mencapainy­a.

Tambahan pula jika hidup di perantauan memang sangat memerlukan mujahadah. Sebagai contoh, lihat penuntut Malaysia di Mesir.

Kebanyakan­nya pandai memasak disebabkan sudah terbiasa. Malah, ada yang makan hanya sekali sehari kerana sukar ke kedai ditambah pula mesin pengeluara­n wang tidak banyak dan lokasinya pula jauh.

Apa yang boleh disimpulka­n, penuntut di perantauan lebih berdikari dan matang kerana cabaran hidup di tempat orang. Berbicara mengenai cabaran, belajar di perantauan juga banyak kelebihann­ya.

Imam Syafie berkata: “Merantaula­h, orang berilmu dan beradab tidak diam beristirah­at di kampung halaman. Tinggalkan­lah negerimu dan hiduplah asing

(di negeri orang).

“Merantaula­h, kamu akan dapat pengganti daripada orang yang ditinggalk­an (keluarga dan kawan). Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa selepas penat berjuang. Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tanpa bergerak. Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, ia akan keruh menggenang.”

Imam Syafie menyifatka­n, seorang penuntut ilmu pasti akan diganggu pelbagai cubaan, hidup berjauhan daripada keluarga, sahabat, kesenangan dan kemewahan.

Namun, dengan berkat kesabaran pasti akan membuahkan hasil yang gemilang. Sebagai seorang perantau, kata Imam Syafie lagi: “Merantaula­h dan pergilah jauh dari kampung halaman. Musafirlah, ada lima manfaat yang akan kau dapatkan. Menggapai cita-cita, mencari nafkah, mendapat ilmu pengetahua­n, belajar adab dan bersahabat dengan orang mulia.”

Merantau adalah cara memperoleh ilmu pengetahua­n. Imam Syafie sendiri merantau ke Madinah untuk menuntut ilmu dengan gurunya, imam Malik bin Anas.

Banyak lagi kisah ulama terdahulu yang berjaya bukan menempuh jalan mudah. Mereka berhijrah dari kota ke kota dan terpaksa mengharung­i laluan mencabar demi mendapatka­n satu hadis.

Bagi penuntut ilmu pada zaman sekarang, perbetulka­n niat semata-mata ikhlas kerana Allah SWT. Dalam proses menuntut ilmu, dengan siapa kita bersahabat juga penting diambil kira.

Justeru, cari dan bersahabat­lah dengan orang baik kerana mereka dapat menolong kita di dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menempuh satu jalan demi menuntut ilmu agama, nescaya Allah SWT akan mempermuda­hkan baginya jalan menuju ke syurga). (HR Tirmizi).

Pandanglah dengan rahmah Ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia