Harian Metro

RESAH TUNANG PEMALU SANGAT

-

berbanding mengambil inisiatif melawat saya di sini.

Kadangkala terkilan juga apabila dia bercuti dengan rakan di daerah saya tinggal, tetapi tidak sekali pun singgah bertemu saya. Pernah saya mengadu kepada kakak tetapi kakak kata saya yang mengadanga­da manja. Dia berpendapa­t tunang saya pemalu dan saya seharusnya bersyukur dipertemuk­an dengannya.

Apatah lagi, katanya, pada umur 35 tahun saya seharusnya bersikap matang. Tetapi bagi saya, ini soal hati yang tiada kaitan dengan kematangan. Apa

perlu saya lakukan Dang Setia?

NIA Johor Bahru

Jarak bukan isu utama dalam konflik dihadapi saudari dan tunang. Sebaliknya isu yang lebih penting ialah komunikasi dan sejauh mana saudari dan pasangan bersikap terbuka apabila berkongsi mengenai perasaan masing-masing.

Tambah pula saudari dan tunang disatukan keluarga, semestinya ada rasa kekok ataupun dia sangat menghormat­i keluarga membuatkan tunang lebih suka bersikap tenang.

Andai si dia jenis pendiam, memang sukar untuk dia bergerak ke hadapan atau mengambil inisiatif mendekati saudari. Malah kakak saudari menyatakan sikap tunang itu menandakan saudari perlu menerima keadaan, cuba toleransi dengan mengambil inisiatif sendiri mengenali tunang secara lebih dekat.

Pada Dang Setia, mungkin saudari perlu terbuka berbincang mengenai keresahan hati dengan sikap tunang yang seolah-olah tidak menyukai saudari.

Kalau rasa kekok, ada baiknya minta bantuan perantara iaitu orang yang memperkena­lkan tunang kepada saudari supaya dia boleh menyampaik­an kegelisaha­n dan kebimbanga­n saudari.

Mungkin perantara menasihati tunang membuka hati dan meluangkan masa termasuk menggunaka­n kesempatan tempoh bertunang ini bagi mengenali saudari dengan lebih erat.

Selepas mengambil beberapa langkah inisiatif menangani masalah itu baru saudari boleh menilai semula pertunanga­n ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia