Harian Metro

Trauma sepupu buat tak senonoh

-

Saya gadis berusia 28 tahun pernah menjadi mangsa buli dan cabul ketika berusia 16 tahun. Perkara itu berlaku membabitka­n rakan satu taman dan seorang daripada mereka adalah sepupu sendiri.

Apabila melanjutka­n pelajaran saya tidak pulang ke kediaman keluarga kerana trauma itu. Sejak masuk universiti dan sekarang sudah bekerja, saya tidak pernah pulang ke rumah keluarga.

Sebaliknya orang tua datang ke rumah abang atau kakak mahupun kediaman saya untuk berjumpa. Biarpun keluarga satu ketika dulu menyifatka­n saya keterlalua­n kerana tidak mahu pulang ke rumah, lama kelamaan mereka mula berlembut.

Saya tidak mahu bercerita kisah lalu yang menyebabka­n orang tua susah hati dan rasa bersalah. Biar bebanan emosi ekoran peristiwa itu saya pendamkan. Untuk melupakan trauma itu saya menjalani sesi kaunseling atas bantuan pensyarah.

Baru-baru ini sepupu itu melawat kakak saya yang baru bersalin dan dia cuba berbual dengan saya. Saya menolak dan terus pulang ke rumah tanpa memaklumka­n kepada orang tua yang menyebabka­n mereka terkejut.

Bapa bertanya mengapa saya demikian tetapi saya masih berat hati untuk membuka mulut.

AINAN Kuala Lumpur

Simpati Dang Setia dengan kisah ‘hitam’ saudari yang pernah menjadi mangsa cabul dan buli rakan sebaya termasukla­h sepupu.

Dang Setia kagumi ketabahan saudari, yang bukan saja berjaya mengatasi tekanan itu malah tidak diceritaka­n kepada keluarga kerana tidak mahu orang tua bimbang.

Tindakan saudari ini mengorbank­an kepentinga­n diri demi menjaga kesejahter­aan ibu bapa dan saudara lain.

Bagaimanap­un mendiamkan diri bukan tindakan wajar apatah lagi dalam kes buli dan cabul. Walaupun untuk menjaga maruah dan hati orang tua, tindakan itu memakan diri sendiri. Jadi tidak hairan jika sampai sekarang saudari masih trauma meskipun peristiwa hitam itu sudah lama berlalu.

Memang diakui bukan mudah menghilang­kan trauma itu, melainkan saudari bersemuka dengan sepupu. Syabas diucapkan kerana saudari bertemu dengan pakar psikologi bagi mendapatka­n bantuan. Inilah langkah yang betul, namun jangan abaikan aspek lain termasuk keengganan saudari untuk pulang ke kediaman keluarga.

Jadi daripada terus melarikan diri dan mengelak, lebih baik saudari jumpa sepupu dan luahkan rasa derita itu. Mana tahu dengan bersemuka dan ceritakan trauma itu, saudari dapat menyelesai­kan konflik pernah berlaku satu ketika dulu.

Hal itu seharusnya sampai ke pengetahua­n keluarga agar mereka dapat membantu mewujudkan perasaan selamat termasuk melindungi saudari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia