Harian Metro

Mahu ubah wajah seperti artis Korea

-

Saya pemuda berusia 19 tahun obses dengan penampilan diri. Sejak 16 tahun saya mengikuti perkembang­an artis termasuk bereksperi­men dengan pelbagai produk kecantikan.

Saya gemar mengikut gaya artis termasuk dari Korea Selatan. Biarpun bapa bising kerana kurang senang dengan sikap cerewet saya, tetapi saya gemar berhias.

Saya merancang kalau sudah bekerja akan dapatkan nasihat pakar untuk mengubah bentuk wajah. Saya idamkan wajah seperti artis Korea tetapi dengan rupa sekarang sukar. Saya tahu ia salah tetapi keinginan meluap-luap hinggakan saya pinggirkan suruhan agama.

Apa perlu saya lakukan?

WADI Subang, Selangor

Firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhn­ya, aku akan menyesatka­n mereka (daripada kebenaran), dan demi sesungguhn­ya aku akan memperdaya­kan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhn­ya aku akan menyuruh mereka (mencacatka­n binatangbi­natang ternak), lalu mereka membelah telinga binatangbi­natang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhn­ya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah anNisa: 119)

Dengan ayat itu sewajarnya saudara lebih terbuka dan jelas mengubah ciptaan Allah itu haram dan tidak memberi kebaikan. Dalam aspek lain sebaik-baiknya saudara muhasabah dan menangani obsesi itu dengan rasa syukur.

Rasa syukur itu boleh saudara peroleh apabila melihat orang lain diuji dengan kecacatan anggota dan sebagainya. Namun, mereka tidak pernah kesal sebaliknya berusaha meniti hidup dengan sabar. Selain itu sentiasa mendengar nasihat orang tua agar memperoleh keberkatan dan tidak kesal kemudian hari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia