Harian Metro

JUAL LEBIH MURAH

- Rohaniza Idris roha@mediaprima.com.my

Pasar raya besar, peniaga dialu-alukan sertai Jualan Sentuhan Rakyat

Kerajaan mengalu-alukan mana-mana peniaga termasuk pasar raya besar menyertai Program Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di setiap Parlimen dalam usaha mengurangk­an kos sara hidup rakyat seterusnya mendorong peniaga menurunkan harga barang keperluan harian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, program itu tidak terhad hanya untuk agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) saja, tetapi dibuka kepada mana-mana peniaga yang boleh menjual pada kadar murah berbanding pasaran semasa.

Katanya, Program Jualan Sentuhan Rakyat bertujuan memberikan peluang kepada rakyat mendapatka­n barang keperluan harian pada harga murah dan berkualiti.

“Memandangk­an kita tidak mengenakan kadar bayar atau sewa tapak kepada peniaga, maka saya suka mengajak mana-mana peniaga terutama yang besar untuk turut serta menawarkan barang pada harga mampu milik.

“Setakat ini, sambutan dalam kalangan rakyat sangat bagus kerana bukan saja mendapatka­n barang yang dijual lebih murah tetapi lebih segar dan berkualiti. Ini selaras dengan tujuan asal program ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Sejahtera PPR Jelatek di sini, semalam.

Program sentuhan rakyat anjuran bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) berkonsepk­an jualan mega ‘mesra rakyat’ menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

Johari berkata, program itu di peringkat Parlimen Titiwangsa akan diteruskan di beberapa lokasi dan pada 24 Februari nanti akan dijalankan lebih besar di Kampung Baru.

“Program itu akan dihadiri Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Kita nak lihat bagaimana sambutan orang bandar terhadap produk pertanian dan luar bandar,” katanya.

 ??  ?? JOHARI (tengah) melawat gerai jualan barangan basah pada Program Jualan Sentuhan Rakyat di PPR Jalan Jelatek.
JOHARI (tengah) melawat gerai jualan barangan basah pada Program Jualan Sentuhan Rakyat di PPR Jalan Jelatek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia