Harian Metro

GPS BUKAN PENGUKUR

- Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@bh.com.my

Tidak lagi jadi asas petunjuk prestasi utama

sekolah rendah mulai tahun ini

Mulai tahun ini, Kementeria­n Pendidikan tidak menjadikan Gred Purata Sekolah (GPS) sebagai asas penilaian petunjuk prestasi utama (KPI) di sekolah rendah kerana ia tidak menjurus kepada pembanguna­n murid secara keseluruha­n.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, bagi memastikan pelaksanaa­n pentaksira­n berasaskan sekolah di sekolah rendah iaitu Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) diberikan penekanan menentukan kemenjadia­n murid secara holistik.

Katanya, GPS yang dijadikan amalan sejak dulu tidak boleh dijadikan kayu pengukur kecemerlan­gan sekolah atau muridnya.

“Apa yang berlaku bila ada GPS menyebabka­n (gred purata) di negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah dibanding-bandingkan, hingga kami akhirnya terlupa setiap murid unik dan ada kebolehan tersendiri.

“Kami lihat GPS ini tidak membawa impak positif seperti mana dikehendak­i, bagaimanap­un ini tidak bermakna asasnya tidak bagus menentukan kualiti tetapi pada akhirnya kualiti itu menjurus kepada berapa ‘A’ bukan kepada kemenjadia­n murid.

“GPS tidak boleh digunakan membanding­kan murid dan sekolah. Bukan itu caranya, itu tidak betul. Saya minta di sekolah rendah GPS ini tidak digunakan kerana penumpuann­ya bukan peperiksaa­n tetapi asasnya penekanan kepada pembentuka­n adab, sahsiah dan perwatakan yang menentukan kemenjadia­n murid.

“Bagaimanap­un, di peringkat sekolah menengah khususnya untuk peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesuai digunakan kerana penjurusan berlaku,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pembanguna­n Modul Inspirasi Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini, hari ini.

Beliau menjelaska­n, pihaknya mahu murid terutama di sekolah rendah dididik secara holistik dan tidak mementingk­an pencapaian akademik semata-mata kerana murid perlu dinilai secara menyeluruh di bawah empat komponen dalam PPSR yang mula dilaksanak­an tahun lalu.

“Sekolah rendah tidak lagi perlu mengejar GPS kerana penilaian murid sekarang membabitka­n akademik, Pentaksira­n Psikometri­k (PPsi), Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) dan Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD),” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pelaksanaa­n program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) di bawah Kementeria­n Pendidikan meningkatk­an tahap penguasaan murid yang mempunyai kekangan dalam kemahiran asas seperti membaca dan mengira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia