Harian Metro

Lanjut tempoh reman kes landskap RM44 juta

-

Putrajaya: Tempoh reman ke atas Timbalan Pengurus Besar UEM Sunrise, 44, dan dua kontraktor masing-masing berusia 51 serta 62 tahun dilanjutka­n empat hari bermula esok bagi membantu siasatan kes membabitka­n projek landskap bernilai RM44 juta.

Perintah reman ke atas ketiga-tiga individu itu dikeluarka­n Majistret Izzatul Nawwarah Idrus di Mahkamah Majistret di sini hari ini sehingga 14 Februari ini.

Selain itu, mahkamah membenarka­n empat individu dibebaskan hari ini dengan jaminan SPRM membabitka­n Pengarah Projek Selatan 1 berusia 55 tahun, seorang wanita yang juga pembantu peribadi kepada Timbalan Pengurus Besar UEM Sunrise, 34, dan dua kontraktor berusia 44 dan 47 tahun.

Pengarah projek dan dua kontraktor itu dibebaskan dengan jaminan masing-masing RM100,000 manakala wanita itu dibebaskan dengan jaminan RM40,000.

Terdahulu, tujuh individu terbabit dibawa ke mahkamah diiringi pegawai SPRM jam 9.25 pagi.

Pada 6 Februari lalu, mereka direman lima hari bagi membantu siasatan kes membabitka­n projek landskap bernilai RM44 juta antara 2013 hingga 2017.

Timbalan Pengurus Besar UEM Sunrise, pembantu peribadi beliau dan pengarah projek berkenaan ditahan SPRM Johor pada 5 Februari lalu manakala empat lagi kontraktor ditahan SPRM Shah Alam, Klang dan Melaka, hari yang sama.

Media melaporkan, siasatan awal SPRM sebelum ini mendapati, Timbalan Pengurus Besar dan Pengarah Projek Selatan 1 itu secara langsung terbabit memastikan kontrak landskap bawah seliaan mereka dianugerah­kan kepada lapan syarikat melalui tiga peringkat iaitu E-Bidding, One Off Contract dan Maintainan­ce berjumlah RM44 juta.

Difahamkan, Timbalan Pengurus Besar itu mengarahka­n Eksekutif UEM Sunrise memberi markah 80 peratus kepada kontraktor yang bertanggun­gjawab atas kerja penyelengg­araan landskap supaya mereka menerima bayaran penuh daripada tuntutan bulanan dikemukaka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia