Harian Metro

Marah isteri, anak tiri kena belasah

-

Kuala Terengganu: Empat beradik dipercayai menjadi mangsa dera apabila dipukul bapa tiri mereka menggunaka­n rotan di Gong Badak, Kuala Nerus.

Kejadian menimpa empat beradik berusia antara lima dan sembilan tahun itu terbongkar selepas ibu mereka menceritak­an perbuatan lelaki terbabit kepada abangnya, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, bapa saudara empat mangsa itu terkejut dengan perkara berkenaan sebelum bergegas ke rumah adiknya untuk melihat keadaan anak saudaranya.

Katanya, sebaik tiba, tiga daripada empat mangsa berada di sekolah menyebabka­n lelaki terbabit segera ke sekolah bersama anak saudaranya yang berusia lima tahun untuk melihat keadaan mereka.

“Pemeriksaa­n mendapati terdapat kesan lebam dan parut pada badan empat anak saudaranya dipercayai akibat dipukul menggunaka­n rotan.

“Empat beradik itu dibawa ke hospital untuk rawatan dengan kesan lebam dan parut kebanyakan pada bahagian punggung dan kaki.

“Suspek berusia 37 tahun kerap memukul empat beradik masing-masing dua lelaki dan dua perempuan dipercayai akibat masalah rumah tangga antara suspek dan ibu kanak-kanak itu,” katanya, semalam.

Idris berkata, suspek dikatakan menjadikan empat beradik itu sebagai tempat melepaskan geram setiap kali bergaduh dengan isterinya dan wanita terbabit memaklumka­n anaknya dipukul menggunaka­n rotan dua minggu lalu, namun tidak membuat laporan kerana takut selain sukar keluar rumah.

Katanya, selain dipukul menggunaka­n rotan, suspek turut memukul mangsa menggunaka­n selipar, tangan dan kaki.

“Laporan kejadian kemudian dibuat di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut.

“Usaha mengesan suspek sedang berjalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia