Harian Metro

INFAK JALAN AGAMA

- Shaiffulaz­har Misri am@hmetro.com.my

Pengurusan Madrasah Ar-Rabanniyah usaha cari belanja RM8 sehari untuk seorang pelajar

“Kami masih mencari pihak atau individu yang sudi menginfakk­an secara bulanan bagi menampung kos perbelanja­an makanan di Madrasah Ar-Rabanniyah, Kampung Tanah Merah, Krubong,” kata seorang daripada pengurusan madrasah itu, Mohd Nazir Baharom, 39.

Beliau berkata, penubuhan madrasah itu selepas pihaknya mengambil alih Masjid Masjidul Rahman yang sudah tidak digunakan lagi selepas pembinaan sebuah masjid baru, terletak di hadapan kampung berkenaan.

“Setakat ini, terdapat seramai 20 pelajar berusia 13 tahun ke atas mendaftar di madrasah ini dan kami mampu menampung sehingga 30 pelajar sepenuh masa.

“Ada antara mereka datang secara separuh masa mengikuti kelas tertentu yang ditetapkan pada hujung minggu,” katanya ketika ditemui pada program Jualan Santai Amal Pakaian Terpakai RM1, RM3, RM5 di pekarangan madrasah itu, di sini, semalam.

Mohd Nazir berkata, pihaknya perlu menjana dana bagi menampung perbelanja­an makanan harian, iaitu RM8 sehari bagi seorang pelajar.

“Jika program ini mendapat sambutan, kami akan cuba menganjurk­annya secara bulanan pada setiap minggu pertama. Setakat ini, kami berjaya mengumpul RM1,500 hasil kutipan jualan pakaian terpakai,” katanya yang menyasar kutipan RM10,000 untuk digunakan bagi membeli keperluan pelajar seperti 15 katil, tilam (30) dan rehal.

Seorang pelajar, Mohd Harith Abd Karim, 17, berkata dia bercita-cita menjadi seorang pendakwah bebas kerana gemar berkongsi ilmu dengan rakan.

“Sejak kecil saya memang meminati bidang keagamaan dan suka berkongsi maklumat serta ilmu yang dipelajari kepada orang lain.

“Apabila orang memahami serta menerima ilmu itu, kita akan gembira dan juga memperoleh pahala di dunia dan akhirat,” katanya.

 ??  ?? PELANGGAN memilih pakaian yang dijual untuk menampung kos perbelanja­an madrasah.
PELANGGAN memilih pakaian yang dijual untuk menampung kos perbelanja­an madrasah.
 ?? Mohd Nazir ?? Kami masih mencari pihak atau individu yang sudi menginfakk­an secara bulanan bagi menampung kos perbelanja­an makanan di Madrasah Ar-Rabanniyah, Kampung Tanah Merah, Krubong”
Mohd Nazir Kami masih mencari pihak atau individu yang sudi menginfakk­an secara bulanan bagi menampung kos perbelanja­an makanan di Madrasah Ar-Rabanniyah, Kampung Tanah Merah, Krubong”
 ??  ?? MOHD Nazir menyusun pakaian terpakai untuk dijual.
MOHD Nazir menyusun pakaian terpakai untuk dijual.
 ??  ?? PAKAIAN terpakai dijual dari RM1 hingga RM5.
PAKAIAN terpakai dijual dari RM1 hingga RM5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia