Harian Metro

Tiga ditahan, mercun RM50,000 dirampas

- Erika George am@hmetro.com.my

Polis merampas pelbagai jenis mercun bernilai lebih RM50,000 pada serbuan di sebuah pasar raya di Taman Midah, Cheras, jam 9.30 malam semalam.

Pada serbuan dijalankan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras itu, tiga individu warga tempatan berusia 25 hingga 50 tahun turut ditahan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pemeriksaa­n terhadap premis itu, pihaknya menemui pelbagai jenis mercun yang dijual secara terbuka di pasar raya berkenaan.

“Hasil maklumat awam serta risikan, kami membuat serbuan dan menemui ratusan kotak mercun dijual secara terbuka.

“Kami turut menahan tiga pekerja premis terbabit terdiri daripada pengurus dan jurujual pasar raya itu bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan

Operasi Selamat (Op Selamat) di Plaza Tol Jalan Duta, semalam.

Mercun dan tangkapan dibawa ke IPD Cheras untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

- Laporan Nurul Hidayah Bahaudin

Bunyi bising dari dalam lubang sebatang kayu balak di kawasan belukar Sungai Kelawit, membawa penemuan seekor ular sawa betina bersaiz gergasi.

Mendapat jolokan Anaconda Sarawak, reptilia itu dengan berat melebihi 100 kilogram (kg) ditemui jam 4.45 petang oleh seorang pemburu curiga dengan bunyi bising berkenaan.

Tertarik dengan bunyi bising itu, Tinsung Ujang, 60, kemudian menjenguk ke dalam lubang kayu terbabit dan terkejut melihat ular sawa gergasi sedang mengawan dengan seekor ular sawa jantan yang lebih kecil saiznya.

“Saya terkejut kerana tidak pernah ternampak ular sawa gergasi sepanjang lima meter, manakala pasanganny­a seekor ular sawa jantan

Pemburu temui ular sawa lebih 100kg dalam lubang sebatang kayu balak

bersaiz agak kecil.

“Ia luar biasa itu dan saya terus menembak kedua-dua reptilia itu kerana bagi masyarakat kami, ia hidangan eksotik yang menjadi lauk kegemaran,” katanya ketika ditemui, petang semalam.

Bagaimanap­un, katanya, saiz reptilia itu yang agak besar dan berat menyukarka­nnya membawanya pulang ke rumah sebelum meminta bantuan beberapa rakan.

“Kami terpaksa ‘membelah’ kayu balak itu untuk mengeluark­an kedua-dua ular sawa berkenaan,” katanya.

Tinsung berkata, ular sawa itu kemudian dibawa keluar dari kawasan belukar itu menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda (4WD) sebelum dipamerkan kepada penduduk setempat.

“Ia kemudian dilapah dan dagingnya dibahagika­n sama rata kepada penduduk kampung serta pekerja ladang berhampira­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia