Harian Metro

JADI JERANGKUNG

- Agensi

 Wanita kongsi gambar ketika

berat 16kg akibat didera berterusan datuk kandung

Seorang wanita berkongsi gambarnya yang kurus kering dengan berat cuma 16 kilogram (kg) kerana menjadi mangsa dera datuk sendiri sebelum diselamatk­an, 10 tahun lalu.

Dalam swafoto yang dimuat naik ke Twitter, wanita yang kini berusia 20-an dari Kyoto itu berkata, datuknya enggan memberinya makan, malah memukulnya jika melihatnya berbuat demikian. Gambar itu jelas menunjukka­n dia cuma tinggal kulit dan tulang dengan pinggul serta rusuk dapat dilihat jelas tidak ubah seperti jerangkung.

Swafoto berkenaan diambil sebelum dia dimasukkan ke hospital, 10 tahun lalu, selepas diselamatk­an.

“Datuk melarang saya makan, malah jika melihat saya berbuat demikian dia menendang perut saya atau memaksa makanan itu diluahkan semula.

“Penderaan fizikal itu membuatkan saya muntah-muntah. Namun saya amat bernasib baik. Selepas diselamatk­an, pakar memberitah­u saya sebenarnya sudah di ambang maut, malah boleh mati dalam beberapa minit jika tidak ditemui,” katanya.

Susulan itu, wanita berkenaan menggesa sesiapa yang menjadi mangsa dera atau mempunyai masalah pemakanan supaya tidak teragak-agak meminta bantuan sebelum terlambat.

Pengguna media sosial pada mulanya menuduh wanita itu memalsukan gambar berkenaan menyebabka­nnya memuat naik beberapa imej lagi menunjukka­n dia di hospital dengan kesan lebam pada leher dan dada.

“Saya kini pulih sepenuhnya dan berat badan juga pada kadar sihat,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR wanita itu yang diambil ketika cuma seberat 16kg, 10 tahun lalu. - Daily Mail
GAMBAR wanita itu yang diambil ketika cuma seberat 16kg, 10 tahun lalu. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia