Harian Metro

Dah curi, tak tau pakai

-

Seorang lelaki yang mencuri kereta ditahan selepas terpaksa menghubung­i pemilik kenderaan berkenaan disebabkan tidak tahu cara menghidupk­annya.

Dalam kejadian lewat Isnin itu, wanita terbabit menghidupk­an keretanya secara automatik untuk memanaskan kenderaan itu ketika masih berada di dalam kedai di Minneapoli­s. Bagaimanap­un, apabila keluar dari premis itu dia mendapati keretanya sudah hilang.

Rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n suspek, Edward Leroy Wilson 37, memandu kereta itu dari lokasi berkenaan pada jam 8.35 malam.

Dua jam kemudian, pemilik kereta itu menerima panggilan Wilson mendakwa dirinya Wayne Hennen, pekerja

(gambar),

kedai membaiki kaca.

Wilson mendakwa mengambil kereta itu dan baru selesai membaikiny­a tetapi tidak dapat menghidupk­annya semula apabila enjin dipadam selepas diparkir.

Dia mendakwa mahu menghidupk­an semula kenderaan itu untuk memulangka­nnya.

Wanita terbabit menghubung­i polis yang bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui Wilson dan kereta itu. - Daily Mail Seorang lelaki di tenggara China terpaksa dikejarkan ke hospital pada waktu tengah malam selepas rektumnya terkeluar dari badan dipercayai kerana duduk lebih 30 minit di atas jamban kerana membuang air besar sambil bermain permainan telefon bimbit.

Kan Kan news melaporkan, dalam kejadian pada 4 Februari lalu di Zhongshan, wilayah Guangdong itu, lelaki berkenaan terkejut apabila satu ketulan terkeluar dari punggungny­a menyebabka­nnya panik dan terus mendapatka­n rawatan.

Imbasan kawasan berkenaan menunjukka­n benjolan di luar dubur pesakit dengan diameter 16 sentimeter.

Doktor berkata, lelaki yang identitiny­a tidak didedahkan itu mengalami prolaps rektal, malah memang bermasalah buasir sejak berusia empat tahun.

“Bagaimanap­un, sebelum ini ia akan dengan sendirinya masuk semula. Disebabkan itu dia tidak pernah mendapat rawatan menyebabka­n masalah itu lama-kelamaan semakin teruk.

“Keadaan pesakit ini amat teruk, malah dinding usus pesakit dipenuhi lebam dan tompokan darah.

“Dalam keadaan ini, walaupun pesakit mengalami masalah berkenaan sejak kecil, rembung ini berlaku berkemungk­inan besar kerana dia terlalu lama duduk di atas jamban. Perbuatan meneran melemahkan otot pelvis pesakit,” kata pakar bedah gastrousus Dr Su Dan yang merawatnya.

Katanya, rembung seperti itu lazimnya berlaku terhadap kanak-kanak atau orang tua dan dalam keadaan pesakit kecil ia mungkin disebabkan disfungsi semulajadi. - Daily Mail

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia