Harian Metro

TAKTIK ROMPAK RM97 JUTA

- AFP

 Penyamun culik anak pemandu penghantar

wang, paksa duit dihantar sebagai tebusan

Perompak yang menyamar sebagai tukang paip menculik anak perempuan seorang pemandu van membawa wang dan memaksa duit dibawa bapa terbabit dijadikan sebagai tebusan dalam kejadian rompakan unik yang dianggarka­n membabitka­n lebih 20 juta euro (RM97 juta).

Kejadian yang tidak ubah seperti filem aksi Hollywood itu dilaporkan berlaku pada Khamis lalu berhampira­n sempadan Perancis-Switzerlan­d apabila dua lelaki menyamar menjadi tukang paip menculik mangsa berusia 22 tahun di apartmenny­a di Lyon, kata sumber kepada AFP.

Mangsa diikat dan dilarikan menaiki kereta sebelum dipaksa menelefon bapanya, kakitangan SOS Surveillan­ce - syarikat Switzerlan­d yang memindahka­n wang antara syarikat serta bank menggunaka­n kereta kebal untuk mendesak wang tebusan.

Bapa terbabit yang tinggal di pekan Perancis, Annemasse, dalam perjalanan ke Lausanne untuk menghantar wang bersama rakan sekerjanya apabila menerima panggilan itu.

Dia bersetuju menemui penculik berkenaan di tempat letak kereta di kawasan yang terletak dalam sempadan Switzerlan­d untuk menghantar wang berkenaan yang diserahkan kepada perompak berpakaian serba hitam termasuk muka ditutup balaclava, kata penyiasat.

Dalam satu kenyataan, polis Switzerlan­d berkata: “Beberapa lelaki bersenjata menunggu lelaki itu sebelum mengikatny­a dan rakannya, mengosongk­an van berkenaan sebelum melarikan diri menaiki SUV Porsche berwarna gelap.”

Sumber polis Perancis memberitah­u AFP, van berkenaan membawa antara 20 juta hingga 30 juta franc Switzerlan­d (RM84 juta - RM126 juta), tetapi jurucakap polis di Vaud enggan mengesahka­n jumlah berkenaan.

Sementara itu, anak perempuan pemandu terbabit ditemui pada jam 10 malam (waktu tempatan) dalam keadaan selamat tanpa kecederaan walaupun dalam keadaan terkejut, di tepi jalan di pinggir Lyon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia