Harian Metro

Untung ‘kaut’ GST RM156,000

-

Singapura: Seorang bekas pegawai kastam dipenjara 18 bulan selepas mengaku bersalah atas 10 tuduhan melakukan penipuan mengambil bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pelancong untung SG$52,441 (RM156,000).

Li Xiangqing, 35, turut diperintah­kan membayar denda SG$92,285 (RM273,505) iaitu tiga kali ganda jumlah terbabit dalam kes itu.

Dia sebelum ini berkhidmat dengan Kastam Singapura dan ditugaskan di Kaunter Pemeriksaa­n Bayaran Balik GST di Lapangan Terbang Changi bagi memproses tuntutan bayaran balik cukai terbabit.

Kegiatan itu dilakukan selama lapan bulan dengan menafikan tuntutan segelintir pelancong sebelum menggunaka­n butiran mereka untuk membuat tuntutan menggunaka­n skim bayaran balik elektronik pelancong (eTRS) ke kad kreditnya.

Malah, dia cuba menyembuny­ikan perbuatan itu dengan pertolonga­n rakan yang membuat permohonan kad kredit atas nama sebagai penjawat awam.

Sepanjang tempoh itu, dia mengaut untung SG$52,441 (RM156,000) dan memperoleh bayaran balik sebanyak sembilan kali bermula 11 Disember 2011 hingga 6 Ogos 2012.

Pendakwa cukai kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri Singapura, Norman Teo berkata, Li turut menggunaka­n nama bekas teman wanitanya untuk dimasukkan sebagai ‘pelancong’ bagi menuntut bayaran balik berkenaan.

Tindakanny­a itu menyebabka­n bayaran balik cukai GST berjumlah $52,441 dikreditka­n secara salah namun Li sudah mengembali­kannya.

Sebanyak 44 tuduhan lain terhadap Li tidak diteruskan tetapi dipertimba­ngkan mahkamah dalam menjatuhka­n hukuman berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi bekas pegawai kastam dituduh atas kesalahan sama dan kesnya ditangguh kepada 2 Mac depan.

Pang Yeow Biah, 61, diberi masa untuk mendapatka­n khidmat peguam dan mengembali­kan semula wang yang diambil selain berdepan beberapa dakwaan mengikut Akta Rasuah, Penyeludup­an Dadah dan Jenayah Serius lain (Rampasan Manfaat). - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia