Harian Metro

RAIH DANA RM110,000

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

agi meneruskan usaKajangh­a

membantu golongan asnaf mualaf, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Selangor Sdn Bhd menganjurk­an Golf Amal PERKIM Selangor 2018 di Kelab Golf dan Country Impian, semalam.

Menerusi penganjura­n kejohanan yang dilangsung­kan sejak 2016 itu, PERKIM berjaya mengumpul dana bersih RM110,000.

Ketua Pegawai Eksekutif PERKIM, Mokhtar Ismail berkata, bagi penganjura­n kali ini, wang sumbangan itu akan dikhususka­n bagi menanggung kos pembinaan kompleks pertama pertubuhan itu di Shah Alam yang menelan belanja RM8 juta dan siap sepenuhnya, Ogos lalu.

“Ketika kali pertama saya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2016, simpanan wang yang kami ada hanyalah sekitar RM800 saja.

“Atas faktor itu, saya melontarka­n idea untuk menganjurk­an kejohanan golf bagi mengumpul dana dan penganjura­n kali pertama pada 2016 berjaya mengumpul sebanyak RM300,000.

“Kali ini, wang sumbangan yang kami peroleh akan dikhususka­n untuk melunaskan baki kos akhir pembinaan kompleks itu,” katanya.

Jelas Mokhtar, dengan adanya kompleks itu yang dalam proses untuk memperoleh

B

Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada Pihak Berkuasa Tempatan, ia diharap mampu menjana kewangan buat PERKIM.

“Jika kami sewakan kompleks itu, saya anggarkan PERKIM mampu mendapat perolehan sebanyak RM100,000 sebulan.

“Dengan wang itu, ia dapat membantu lebih ramai golongan asnaf mualaf kerana golongan ini semakin hari semakin meningkat,” katanya.

Seramai 68 peserta menyertai pertanding­an itu yang menyaksika­n Kumpulan Media

Prima Berhad

(MPB) serta The

New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) diiktiraf sebagai sebahagian daripada sahabat

PERKIM.

 ?? Mokhtar Ismail ?? MOKHTAR (tiga dari kanan) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perkim, Hidayati Md Nor (tiga dari kiri) bersama peserta.
Saya melontarka­n idea untuk menganjurk­an kejohanan golf bagi mengumpul dana dan penganjura­n kali pertama pada 2016 ” AKSI...
Mokhtar Ismail MOKHTAR (tiga dari kanan) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perkim, Hidayati Md Nor (tiga dari kiri) bersama peserta. Saya melontarka­n idea untuk menganjurk­an kejohanan golf bagi mengumpul dana dan penganjura­n kali pertama pada 2016 ” AKSI...
 ??  ?? MOKHTAR (duduk, tengah) bergambar bersama peserta pada majlis Golf Amal Anjuran PERKIM di Saujana Golf Club, semalam.
MOKHTAR (duduk, tengah) bergambar bersama peserta pada majlis Golf Amal Anjuran PERKIM di Saujana Golf Club, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia