Harian Metro

Keyakinan kunci kekuatan skuad badminton negara

-

lega bila melihat skuad badminton negara layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Thomas di Bangkok, Thailand, Mei depan menerusi Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah.

Maklumlah, sebelum ini ramai yang meragui kemampuan skuad negara yang dilihat tidak mempunyai kemampuan untuk ke Bangkok jika mengambil kira barisan pemain yang kita ada.

Apatah lagi selepas tewas 2-3 kepada Thailand pada aksi pertama peringkat kumpulan, keraguan itu semakin tinggi.

Namun, siapa sangka skuad negara kembali bangkit membuktika­n bahawa mereka masih antara kuasa besar dunia dan akhirnya sudah mengesahka­n tempat untuk beraksi di Bangkok.

Memang saya sedikit kecewa dengan aksi Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang tewas ketika bertemu Thailand, sekali gus menjadi punca kepada kekalahan kita.

Namun

daripada

aksi hambar itu, mereka berjaya bangkit semula pada perlawanan seterusnya dengan mempamer aksi cemerlang.

Paling mencuri tumpuan saya adalah perseorang­an negara Lee Zii Jia yang setakat ini (sebelum perlawanan separuh akhir dengan China semalam)

(gambar)

mempamer aksi cemerlang dengan memenangi semua perlawanan.

Meskipun daripada segi fizikal, dia tidaklah seperti pemain berstatus dunia lain, namun jiwa besar serta semangat tinggi ketika bermain menjadi kunci kepada kejayaan Zii Jia itu.

Malah, saya yakin kariernya akan terus berkembang dan cemerlang selepas ini.

Iskandar Zulkarnain Zainuddin juga tidak kurang hebatnya. Selepas tewas pada aksi pertama bertemu Thailand, dia menebus kekecewaan itu pada perlawanan seterusnya.

Dengan barisan pemain yang kita ada, saya yakin kita mampu mempamer aksi lebih baik di Bangkok nanti.

Apa yang boleh dipelajari di sini ialah meskipun skuad negara dilihat serba kekurangan, namun satu perkara yang harus kita lihat adalah tahap keyakinan mereka tidak pernah pudar.

Saya sendiri berada di Alor Setar menyaksika­n aksi mereka dan apa yang boleh saya perkatakan ialah, semua pemain termasuk jaguh perseorang­an negara Datuk Lee Chong

Wei berjuang habis-habisan demi Malaysia.

Jumpa lagi.

 ??  ??
 ??  ?? WEE Kiong (kiri) bersama V Shem bangkit semula selepas dikalahkan Thailand.
WEE Kiong (kiri) bersama V Shem bangkit semula selepas dikalahkan Thailand.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia