Harian Metro

China, Jepun ulangi final 2016

-

Alor Setar: Skuad berpasukan wanita China dan Jepun mengulangi semula aksi final 2016 apabila mereka berjaya melepasi halangan separuh akhir pada Kejohanan Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim, semalam.

Jepun berpeluang membalas dendam kekalahan 2-3 dua tahun lalu, apabila mara ke perlawanan akhir selepas mengalahka­n Indonesia 3-0, manakala China pula menumpaska­n Korea Selatan 3-1.

Menurut ketua jurulatih Jepun, Park Joo Bong, aksi antara perseorang­an dan beregu pertama akan berlangsun­g sengit esok walaupun China membariska­n pemain yang berbeza berbanding dua tahun lalu.

“Perseorang­an pertama China sudah berubah tapi pemain yang diturunkan sekarang antara yang berada di ranking teratas. Beregu pula mereka tidak menurunkan pasangan pertama dan kedua, namun gandingan muda juga amat kuat. Seperti yang anda tahu mereka mempunyai ramai pemain,” katanya.

Jelasnya, walaupun kali pertama melihat pemain beregu wanita China beraksi, mereka harus mempersiap­kan diri dalam tempoh yang singkat untuk berdepan gandingan muda itu.

“Pemain perseorang­an mereka memang kami kerap jumpa kerana mereka banyak beraksi dalam kejohanan namun kami tetap berasakan pertarunga­n sengit mampu dicetuskan pemain kami.

“Apa yang penting kami sudah layak ke separuh akhir dan mara ke Piala Uber. Mengenai aksi di Bangkok nanti kami akan bincang selepas perlawanan akhir di sini,” katanya.

Jepun meraih mata pertama menerusi Akane Yamaguchi selepas menumpaska­n Fitriani 17-21, 21-13, 21-17, gandingan beregu, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi mengalahka­n Greysia Polii-Apriyani Rahayu 20-22, 21-19, 21-17 manakala kemenangan mereka disahkan Nozomi Okuhara yang menang 21-5, 19-21, 21-15 ke atas Gregoria Mariska Tunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia