Harian Metro

HORMAT TOLAK TEPI

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Pei Tty mahu anak buah tidak terlalu

tunduk ketika hadapi pihak lawan

Ketua jurulatih beregu wanita negara, Wong Pei Tty mengakui tidak ada yang mustahil untuk anak buahnya menyerlah pada Piala Uber Mei depan dengan syarat jangan terlalu menghormat­i pihak lawan.

Menurutnya, memang skuad wanita negara masih jauh berbanding pasukan hebat seperti Jepun dan Korea Selatan namun baginya tidak ada perkara mustahil untuk mencapai tahap setanding pasukan berkenaan.

“Jika kita mempunyai semangat dan keyakinan apa saja boleh berlaku. Bermula

(gambar)

dari situlah keajaiban akan tercipta, jika terlampau menghormat­i pihak lawan memang kita tidak mampu mencapainy­a,” katanya.

Pei Tty berharap dapat membariska­n skuad utama di Bangkok nanti selepas berdepan masalah kecederaan pemain sebelum dan ketika Kejohanan Berpasukan Asia berlangsun­g.

“Saya beritahu pemain senarai nama untuk beraksi di Piala Uber Mei depan masih lagi terbuka. Siapa yang berjaya memberikan aksi terbaik berhak berada dalam pasukan. “Ada yang berjaya mengejutka­n saya dalam aksi beregu wanita, terutamany­a Goh Yea Ching, kami tidak sangka dia memiliki segala-galanya dan layak dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam skuad beregu wanita. Selepas Joyce Choong mengambil keputusan keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dia sekarang ini masih belum mempunyai gandingan tetap,” katanya.

Pei Tty juga mengakui Tee Jing Yi masih lagi perlu banyak belajar untuk menjadi seorang pemain beregu sempurna walaupun mempunyai idea dalam permainan namun masih terbawa-bawa pergerakan sebagai pemain perseorang­an.

“Secara peribadi memang dia sukar untuk dikalahkan namun daripada aspek taktikal banyak lagi yang perlu diperbaiki,” kata bekas pemain beregu wanita negara itu.

Cabaran skuad negara di Kejohanan Berpasukan Asia berakhir semalam apabila tumpas 0-3 kepada Korea Selatan pada suku akhir namun berjaya menempatka­n diri di Piala Uber berdasarka­n kedudukan ranking.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia