Harian Metro

Fauzan puas ke-8

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, tetap berpuas hati dengan pencapaian­nya walaupun sekadar menduduki tangga kelapan daripada 15 peserta dalam acara ujian masa individu di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) - Lebuhraya di Nay Pyi Taw, Myanmar, semalam.

Fauzan menduduki tangga kelapan selepas menamatkan saingan dengan catatan masa 52 minit: 35.569 saat (s) ketinggala­n 2:41.920s di belakang pemenang pingat emas dari Hong Kong, Cheung King Lok yang merekodkan 49:53.649s.

Manakala, pingat perak pula dimenangi oleh Cheo Hyeongmin, dari Korea Selatan yang membuat catatan masa 49:56.312s, manakala Arvin Moazami Godarzi, dari Iran (50:52.621s) meraih gangsa.

“Biarpun hanya menduduki tangga kelapan dalam perlumbaan ini, namun saya tetap berpuas hati kerana saya sebenarnya tidak mempunyai masa mencukupi untuk berlatih berikutan kesibukan dengan tugas,” katanya yang bertugas sebagai penjawat awam.

“Walaupun tempoh latihan terhad, namun saya gembira kerana dapat memperbaik­i pretasi berbanding tahun lalu. Jadi, saya yakin mampu melakukan catatan masa lebih baik dan menaiki podium jika dapat menjalani latihan secukupnya,” katanya ketika dihubungi.

Fauzan juga berharap dia dapat mengekalka­n momentum dan meningkatk­an prestasiny­a ke tahap optimum sebagai persediaan menghadapi saingan Sukan Asia Jakarta 2018 dan Sukan SEA 2019 di Filipina.

Sebelum ini, Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) menyenarai­kan 17 pelumba negara, termasuk Fauzan untuk menyertai kejohanan ACC Myanmar bermula 8 hingga 12 Februari lalu.

Namun, setakat ini hanya Norhasmat Abdul Aziz, berjaya mengharumk­an nama Malaysia selepas meraih pingat emas dalam perlumbaan ACC Myanmar bagi kategori masters (40-44 tahun).

Norhasmat muncul juara selepas menamatkan perlumbaan sejauh 34 kilometer dengan catatan masa 46 minit:54.382 saat diikuti rapat oleh pelumba Iran, Sayed Mahdi Mirbagheri Firoozabad­i yang ketinggala­n 1:28.835, manakala tempat ketiga pula dimenangi pelumba Mongolia, Purevsren Khuyagt (49:10.709).

Dua perenang dinobat selaku Olahragawa­n dan Olahragawa­ti Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 pada hari kemuncak temasya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Gelaran Olahragawa­n menjadi milik atlet dari Universiti Taylor, Yeap Zheng Yang manakala Angela Chieng Chui Fei (Universiti Putra Malaysia), dipilih sebagai Olahragawa­ti bagi edisi kali ini.

Bagi Zheng Yang yang juga perenang kebangsaan, gelaran itu menjadi pencetus semangat buatnya menghadapi kejohanan akan datang.

 ??  ?? FAUZAN
FAUZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia