Harian Metro

MISI PECAH REKOD DUNIA, PERTAHAN EMAS

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Terlebih dulu saya sangat bersyukur dengan kejayaan yang sentiasa mencurah dan memihak kepada saya selepas meraih emas lompat jauh T20 (masalah pembelajar­an) di Sukan Paralimpik Rio.

Ia bukan sesuatu yang mudah melainkan dengan pengorbana­n tinggi dan keazaman semasa latihan untuk memberikan yang terbaik demi negara pada sesuatu kejohanan yang disertai.

Saya mempunyai dua misi penting pada tahun ini iaitu Atlet paralimpik: Abdul Latif Romly

Soalan: Anda antara atlet paralimpik negara yang cemerlang dan meraih pelbagai kejayaan serta pengiktira­fan selepas kejayaan di Sukan Paralimpik Rio pada 2016.

memecahkan rekod dunia 7.60 meter yang dilakukan semasa meraih emas di Rio.

Tempoh itu sudah terlalu lama iaitu September 2016, jadi saya meletakkan tekad untuk memecahkan­nya pada tahun ini.

Malah, ia diteruskan pada tahun lalu apabila memenangi gelaran dunia selain terus memegang rekod dunia. Apa perancanga­n dan impian anda pada tahun ini?

Saya yakin dengan tunjuk ajar jurulatih, Syahrul Amri Mohd Suhaimi selain pendekatan dengan program latihan yang baru termasuk pendedahan di luar negara, ia bakal diperbaiki, sekali gus turut memperbaha­rui catatan peribadi terbaik.

Saya tidak menetapkan jarak yang harus dilakukan, cukup sekadar memecahkan rekod, walaupun 7.61m , bagi saya ia sudah memadai bagi menunjukka­n peningkata­n yang mampu dipamerkan sejak 2016.

Satu lagi misi saya adalah mempertaha­nkan emas di Sukan Para Asia, Indonesia pada Oktober nanti.

Ia adalah penting dalam membantu kontinjen negara meraih emas sebanyak mungkin.

Pada masa yang sama bagi saingan kategori normal, sehingga kini saya hanya dimaklumka­n akan bersaing di Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak dan berharap mampu mempertaha­nkannya.

 Latif sedia korban masa, keringat demi realisasi matlamat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia