Harian Metro

IDAM POSISI NOMBOR 1

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

“Saya mahu jadi pemain nombor satu dunia.” Itu kata pemain skuasy remaja wanita negara, Aifa Azman yang menanam tekad untuk mengikut jejak idolanya Datuk Nicol Ann David sebagai pemain terkemuka dunia satu hari nanti.

Biarpun baru berusia 16 tahun, Aifa sudah berjaya mencipta nama selaku jaguh dalam pembikinan apabila menjuarai Terbuka Remaja British 2018 di London bulan lalu. Mari ikuti temubual bersama jaguh cilik itu.

Soalan (S): Sejak bila mula berkecimpu­ng dalam sukan skuasy dan siapa individu yang memperkena­lkan anda dengan sukan ini?

Jawapan (J): Saya mula main sejak umur 6 tahun. Pada asalnya saya hanya ikut kakak saya (Aika Azman) bermain skuasy sebab sekolah kami ketika itu mewajibkan satu murid satu sukan dan dari situ lama-lama timbul rasa seronok untuk mencuba.

S: Kenapa anda memilih sukan ini berbanding sukan lain?

J: Sebab kakak dan adik (Aira Azman) pun main skuasy, jadi agak seronok apabila kami dapat bergerak sekali menyertai sesuatu kejohanan dengan sokongan ahli keluarga juga membantu. Lagipun skuasy sukan dalam dewan jadi ia tak panas.

S: Anda juga masih bersekolah, bagaimana anda membahagik­an masa antara pelajaran dan latihan?

J: Pagi memang kena bangun awal untuk latihan dan kemudian ke sekolah pada jam 9:30 pagi. Balik saja sekolah kami dapat rehat sekejap dan malam ada kelas tambahan. Jadi masa saya agak teratur dan kedua-duanya amat penting sebab itu kena pandai bahagikan masa betul-betul.

S: Apa impian anda dalam sukan ini?

J: Saya mahu bergelar pemain nombor satu dunia. Memang itulah impian saya dari kecil lagi. Ranking saya sekarang 87 dunia berbanding 200 lebih sebelum ini. Kedudukan terbaru itu nyata meningkatk­an semangat saya dan mahu memenangi lebih banyak lagi kejohanan selepas ini.

S: Anda baru saja memenangi kejuaraan terbuka remaja British bawah 17 tahun,

 Aifa tekad ikut jejak idolanya, Nicol sebagai pemain skuasy terkemuka dunia

boleh ceritakan perasaan anda ketika ini?

J: Alhamdulil­lah, ia kejuaraan ketiga saya dalam kejohanan itu selepas memenangin­ya pada peringkat B-13 dan B-15. Jadi ini boleh kata kejuaraan hatrik saya. Tapi tahun ini lebih istimewa sebab saya adik saya turut menang

(B-13).

S: Siapa idola anda dalam sukan ini dan mengapa memilihnya?

J: Idola saya ialah Datuk Nicol Ann David. Sebab dia menjadi juara dunia lapan kali. Dia seorang yang berkerja keras dan mempunyai sikap serta disiplin tinggi. Sampai bila-bila pun dia tetap idola saya.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI Aifa (kanan) ketika berada di gelanggang skuasy.
AKSI Aifa (kanan) ketika berada di gelanggang skuasy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia