Harian Metro

PECAH MONOPOLI Alonso sedia gegar Le Mans

- AFP

 Serena nekad kembali bangkit

selepas setahun berehat

Serena Williams menjelaska­n mengenai “turun naik” dihadapiny­a ketika dia berehat setahun daripada tenis kompetitif namun kini menegaskan dia fokus dan bersedia sekali lagi mendominas­i sukan itu.

Bercakap menjelang kehadiran semulanya pada Piala Fed dekat Asheville, Carolina Utara, ketika Amerika Syarikat (AS) akan mempertaha­nkan mahkota kejuaraan menentang pasukan Belanda, pemain berusia 36 tahun itu berkata dia kembali dengan wajah baru selepas melahirkan anak perempuan, Alexis Olympia pada September.

“Ada banyak turun naik dalam latihan,” kata Serena kepada wartawan.

“Ia juga memberikan saya pandangan lain, ia memberikan saya rehat kerana tiada apa yang perlu saya buktikan. Sekali lagi, hanya bertarung mengatasi semua ramalan di sana sekali lagi, untuk bersaing sekali lagi.”

Sebahagian daripada pergelutan itu dilihat ketika perlawanan pertunjuka­n di Abu Dhabi pada Disember apabila dia tewas kepada juara Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko. Paris: Pemandu McLaren, Fernando Alonso boleh bertanding mewakili Toyota bagi setiap pusingan Kejohanan Endurance Dunia musim ini selepas penganjur menyusun semula jadual untuk mengelak pertembung­an dengan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS).

Pengumuman itu dibuat di Paris selepas tarikh Perlumbaan ‘Enam Jam di Fuji’ ditukar kepada 14 Oktober, bagi memastikan pelumba Sepanyol berkenaan dapat mewakili Toyota pada aksi yang berlangsun­g di Jepun itu nanti.

Alonso menyasarka­n mahu memenangi perlumbaan 24 Jam Le Mans yang menjadi Serena tewas straight set dan tampak perlahan walaupun dia banyak melakukan pukulan bagus.

Sebenarnya dia mensasarka­n untuk kembali pada Terbuka Australia bulan lalu untuk mempertaha­nkan mahkota dimenangi pada 2017 namun membatalka­nnya apabila mengatakan dia “tidak berada di tahap dimahukan.”

Mungkin bimbang menyasarka­n sesuatu yang luar biasa, Serena enggan dikaitkan sama ada dia sudah bersedia untuk kembali ke Grand Slam tahun ini – Terbuka Perancis, Wimbledon dan AS.

Buat masa ini, dia lebih senang apabila tidak dinamakan selaku pemain pertama atau kedua perseorang­an AS dalam pasukan handal disertai kakaknya Venus, pemain nombor 17 dunia, CoCo Vandeweghe dan pemain nombor 62 dunia, Lauren Davis. sebahagian daripada ‘tiga mahkota permotoran’ yang setakat ini hanya dimenangi oleh mendiang Graham Hill.

Hill yang juga juara dunia Formula Satu (F1) sebanyak dua kali memenangi Le Mans, GP Monaco dan juga Indianapol­is 500 sekitar tahun 1960-an dan 1970-an.

Bulan lalu, Toyota mengumumka­n Alonso akan menyertai setiap perlawanan ‘endurance’ itu jika ia tidak bertembung dengan perlumbaan F1 yang kekal menjadi keutamaann­ya.

Perlumbaan di Fuji itu sepatutnya berlangsun­g pada 21 Oktober untuk mengelak bertembung dengan pusingan Petit Le Mans Persatuan Permotoran Antarabang­sa (IMSA) di AS.

Lapan pusingan yang digelar ‘musim super’ kali ini membabitka­n dua edisi di Le Mans pada kejuaraan yang akan bermula pada musim panas Eropah dan disudahkan dengan klasik ‘endurance’ Perancis.

Kategori LMP1 akan menampilka­n 10 jentera yang menyaksika­n hanya Toyota muncul sebagai pengeluar selepas juara bertahan, Porsche menarik diri.

Alonso akan berkongsi jentera bersama pelumba Switzerlan­d, Sebastien Buemi dan pelumba Jepun,

Kazuki Nakajima.-Reuters

 ?? Serena Williams ?? Sekali lagi, hanya bertarung mengatasi semua ramalan di sana sekali lagi, untuk bersaing sekali lagi”
Serena Williams Sekali lagi, hanya bertarung mengatasi semua ramalan di sana sekali lagi, untuk bersaing sekali lagi”
 ??  ?? ALONSO
ALONSO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia