Harian Metro

‘BAYAR MAHAL, MAIN TAK SEBERAPA...’

- AFP

 Pemain Liverpool enggan layan kritikan mengenai isu prestasiny­a selaku benteng pasukan

Southampto­n

Virgil Van Dijk menegaskan kritikan terhadap permulaan hidupnya selaku pertahanan termahal dunia tidak akan mengganggu persiapann­ya ketika kembali ke Southampto­n bersama Liverpool awal pagi esok.

Pemain antarabang­sa Belanda itu berhijrah ke Anfield dengan nilai 75 juta pound (RM410.42 juta) pada Januari namun hanya sekali menang dalam empat penampilan bersama Liverpool.

Van Dijk memulakann­ya dengan bagus apabila menjaringk­an gol kemenangan dalam pertembung­an tetangga Merseyside berdepan Everton.

Bagaimanap­un, harapan dia segera membetulka­n kelemahan pertahanan Jurgen Klopp tergugat selepas kekalahan berturut-turut ketika bertemu Swansea dan West Brom.

“Saya tahu kerana saya sudah memulakan langkah besar ketika ini, dengan jumlah wang yang besar, semuanya akan dianalisis,” kata Van Dijk.

“Tiada siapa yang akan melihat pada perkara baik anda lakukan. Semua orang akan melihat perkara buruk dan ia memang begitu. Tetapi, saya akan membincang­kannya dengan mereka yang mahu menjadikan saya lebih baik, ia adalah pengurus dan pemain sekitar saya.”

Sememangny­a ada tanda kenapa Liverpool menanti bagi mendapatka­nnya pada Januari selepas usaha awal mendapatka­n Van Dijk dilakukan musim panas lalu apabila pasukan itu seri 2-2 berdepan Tottenham Hotspur.

Van Dijk berjaya mengawal penjaring terbanyak Liga Perdana, Harry Kane sehingga penghujung yang kelam kabut apabila Spurs diberikan dua penalti kontrovers­i yang kedua kerana kesalahan dilakukan Van Dijk terhadap Erik Lamela pada penghujung perlawanan.

“Tiada siapa akan bercakap mengenai persembaha­n saya secara umum. Kami bertahan dengan sangat bagus, melalui dua penalti yang dikenakan terhadap kami dengan penuh persoalan, tetapi tiada siapa bercakap mengenainy­a,” kata Van Dijk.

“Tapi saya tahu, sebagai sebuah pasukan kami melakukan sesuatu yang sangat bagus berdepan rangkaian penyerang terbaik Eropah.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia