Harian Metro

SUMBAT BOLA LENCONG

- AFP

 Bernardesc­hi, Higuain bantu Juve kekal di tangga teratas Serie A

Federico Bernardesc­hi dan Gonzalo Higuain masing-masing menjaringk­an gol ketika Juventus mara ke persada Serie A awal pagi semalam menerusi kemenangan 2-0 di Fiorentina yang dibayangi penggunaan video bantuan pengadil (VAR).

Keputusan memberikan penalti kepada Fiorentina selepas 21 minit apabila tangan pemain Juventus, Giorgio Chiellini menghalang hantaran lintang Marco Benassi bagaimanap­un, ditolak selepas melihat rakaman VAR.

Dan selepas menunggu tiga minit, pengadil Marco Guida sebaliknya membuat keputusan memberikan pelawat

(gambar)

sepakan percuma kerana Benassi berada dalam keadaan ofsaid.

Emosi memuncak selepas rehat apabila pemain tengah Itali, Bernardesc­hi yang meninggalk­an kelab Tuscany itu untuk ke Turin musim panas lalu, menjaringk­an gol ketika kembali ke Stadium Artemio Franchi buat pertama kali sebagai pemain Juventus.

Pemain berusia 23 tahun melencongk­an bola menerusi sepakan percuma selepas 56 minit untuk jaringan keempat dalam Serie A buat Juventus seterusnya memecahkan kebuntuan. Bernardesc­hi kemudian dikeluarka­n.

Higuain – penjaring hatrik minggu lalu – mengesahka­n kemenangan berbaki empat minit dengan jaringan ke-14 Serie A musim ini dan ke-50 buat Juventus.

Ia adalah kemenangan penting buat juara bertahan, Juventus yang kini mengumpul 62 mata daripada 24 perlawanan – dua mata di depan Napoli – yang boleh kembali ke kedudukan teratas apabila berdepan Lazio.

 ??  ?? BERNARDESC­HI (kanan) dikasari pemain Fiorentina, Milan Badelj.
BERNARDESC­HI (kanan) dikasari pemain Fiorentina, Milan Badelj.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia