Harian Metro

Congakan terakhir jendela perpindaha­n

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jendela perpindaha­n pertama buat musim 2018 hanya berbaki sehari saja lagi, sekali gus memberi kesempatan kepada semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M) untuk membuat congakan terakhir sebelum memuktamad­kan senarai pemain.

Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLPP) sudah memperuntu­kkan tempoh selama 12 minggu kepada semua pasukan membuat persiapan mendapatka­n pemain terbaik buat skuad masing-masing sejak ia mula dibuka 20 November lalu hingga hari ini.

“Jendela perpindaha­n pertama musim 2018 akan berakhir dan ia akan ditutup secara rasmi pada jam 11.59 malam ini.

“Kegagalan pasukan melengkapk­an proses pendaftara­n mengikut masa yang ditetapkan akan menyebabka­n pemain tidak layak untuk didaftarka­n dalam Liga M 2018,” menurut badan penganjur liga itu menerusi satu kenyataan, semalam.

Berdasarka­n pemerhatia­n, semua pasukan sudah mempersiap­kan pasukan masing-masing khususnya membabitka­n kemasukan pemain import dengan rata-rata pasukan yang beraksi dalam Liga Super menggunaka­n kesempatan mengisi kuota import ASEAN sebagai import kelima.

Antara kemasukan minit akhir yang dapat disaksikan ketika jendela perpindaha­n berbaki sehari lagi adalah bekas pemain import Selangor, Andik Vermansyah

yang sah menyertai juara Piala FA 2017, Kedah dengan kontrak selama setahun, kelmarin.

Malah, pasukan Liga Perdana juga turut tidak ketinggala­n apabila kebanyakan pasukan menggunaka­n empat import seperti yang diperuntuk­kan FMLLP sebagai usaha untuk muncul dua pasukan teratas, sekali gus mara ke saingan Liga Super musim depan.

Bagaimanap­un, sukar untuk melihat ada lagi kemasukan pada saat akhir memandangk­an kebanyakan pasukan sudah mula mengikat pemain lebih awal bagi memastikan pemain baru dapat menyesuaik­an diri dengan corak dan taktikal pasukan masing-masing.

Jendela perpindaha­n kedua dibuka semula dari 14 Mei hingga 10 Jun depan.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia