Harian Metro

Devan ingatkan pemain usah terlalu selesa

- Mfaizul@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA), K Devan mengingatk­an pemainnya supaya tidak terlalu selesa selepas merakam kemenangan sulung ketika menewaskan Terengganu FC 2 (TFC2) 1-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin.

Bagi Devan, masih terlalu awal untuk pemain MISC-MIFA untuk mendabik dada kerana banyak lagi perlawanan dan pasukan lebih mencabar yang perlu dihadapi mereka pada musim ini.

Sehubungan itu, Devan meminta pemainnya kekal fokus dan sentiasa bekerja keras bagi memastikan MISC-MIFA mampu mengekalka­n rentak kemenangan serta berada di kedudukan teratas dalam carta Liga Perdana.

“Kemenangan ini adalah satu permulaan baik bagi MISC-MIFA berbanding musim lalu, namun kita kena terus bekerja keras untuk menuai hasil yang positif.

“Kita perlu terus kekal menjadi pasukan yang sentiasa merendah diri bagi untuk mengekalka­n rentak kemenangan dalam perlawanan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Gol kemenangan MISC-MIFA itu dihasilkan selepas bola sepak pemain import dari Brazil, Elizeu Batista, ditampan masuk ke gawang sendiri oleh Sebastien Thuriere pada minit kelapan perlawanan.

Jaringan tunggal itu membolehka­n skuad bimbingan Devan merakamkan kemenangan sulung musim ini selepas sekadar seri 1-1 pada perlawanan menentang Kuantan FA dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam perlawanan sebelum ini.

Kemenangan itu juga membolehka­n MISC-MIFA mengumpul lima mata dan melonjak ke tangga ketiga carta Liga Perdana, di belakang FELDA United (6 mata) dan Sabah (7 mata).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia