Harian Metro

Marcote tagih magis Andik

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Versatilit­i yang dimiliki pemain import Indonesia, Andik Vermansyah disifatkan mampu menjadi aset penting buat Kedah dalam usaha kembali ke landasan untuk muncul pencabar kejuaraan musim ini.

Situasi itu diakui pengendali Helang Merah, Ramon Marcote yang melihat kebolehan bekas pemain sayap Selangor itu untuk mengisi mana-mana posisi serangan akan membantu taktikal pasukan itu memandangk­an mereka sudah memiliki beberapa pemain yang mampu beroperasi selaku pemain sayap.

“Dia seorang pemain serba boleh dan mampu beraksi di beberapa posisi seperti sayap, serangan mahupun sebagai pemain nombor 10. Dia akan beraksi di mana-mana posisi yang diperlukan mengikut taktikal. Kuala Lumpur: Ketiadaan perancang tengah Kedah, Liridon Krasniqi yang digantung permainan akibat menerima kad merah melegakan PKNP FC, namun kelibat Andik Vermansyah kini menjadi ancaman baharu apabila kedua-dua pasukan bertarung di Stadium Negeri Batu Kawan, petang ini.

Ketua pasukan PKNP, Shahrel Fikri Md Fauzi, berkata Andik mampu menjadi pemusnah jika rakan sepasukann­ya tidak memberi fokus serta membiarkan pemain Indonesia itu bergerak bebas sewenang-wenangnya.

“Sudah tentu ketiadaan Liridon agak melegakan kerana dia adalah kunci utama Kedah namun sekarang Andik pula datang untuk memberi ancaman.

“Kehadirann­ya akan memberi impak besar kepada Kedah. Kita sedia maklum dengan kemampuan pemain itu ketika dia bersama Selangor.

“Dengan kualiti yang dimiliki khususnya kepantasan dan kemahiran menggelece­k selain pengalaman luasnya beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini, saya harap dia dapat membantu pasukan ini.

“Mengenai prospek untuk dia beraksi bertemu PKNP FC petang esok (ini), dia ada peluang sama seperti pemain lain. Apa pun, ia bergantung kepada keadaan terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bekas pemain Persebaya Surabaya itu sah menyertai juara Piala FA 2017 itu selepas menandatan­gani kontrak selama setahun dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), kelmarin sekali gus melengkapk­an kuota pemain import kelima yang juga kuota pemain ASEAN musim ini.

Mengulas lanjut aksi bertemu pendatang baru Liga

“Andik tidak boleh diberi ruang bergerak bebas kerana dia mampu menjadi pemusnah. Kami perlu merantai dia serta tidak boleh leka walaupun sesaat,” katanya.

Andik yang sah menyertai Helang Merah semalam dijangka diturunkan esok bagi memperkasa­kan jentera serangan yang kelihatan bergelut Super di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, bekas penyelia metodologi Atletico Madrid itu mengakui aksi di sebelah petang akan memberi cabaran sambil menyifatka­n ia bukanlah waktu yang terbaik untuk melangsung­kan perlawanan.

“Namun, kami tetap perlu menyesuaik­an diri untuk beraksi dengan jadual sebegini. Meskipun ramai yang menjangkak­an perkara ini sebagai cabaran tapi saya melihat situasi ini sebagai peluang untuk kami bangkit daripada prestasi kurang baik sebelum ini.

“Bagaimanap­un, aksi bertemu PKNP FC tetap menjanjika­n perlawanan yang sengit memandangk­an kami kehilangan beberapa pemain tonggak yang digantung serta mengalami kecederaan tapi kami tetap turun dengan misi meraih kemenangan,” ujarnya. untuk memecah benteng lawan apatah lagi ketiadaan Liridon yang digantung secara automatik selepas dilayangka­n kad merah.

Selepas dua perlawanan, Kedah belum mengutip sebarang mata serta menghuni tangga kedua terbawah apabila tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan 1-3 kepada Perak.

 ?? FOTO: AMRAN HAMID ?? YUSDI Madeonus Mohamad Yunus menyerahka­n jersi Kedah kepada Andik di Stadium Sultan Abdul Halim, semalam.
FOTO: AMRAN HAMID YUSDI Madeonus Mohamad Yunus menyerahka­n jersi Kedah kepada Andik di Stadium Sultan Abdul Halim, semalam.
 ??  ?? ANDIK (kanan) berlatih di Stadium Sultan Abdul Halim, semalam.
ANDIK (kanan) berlatih di Stadium Sultan Abdul Halim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia