Harian Metro

VOLI MACAM RODRIGUEZ!

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 Jaringan cantik Areff ketika menentang JDTII

berpotensi dicalon bagi Anugerah Puskas

Selepas Faiz Subri menggegar dunia dengan sepakan percuma ‘melanggar’ hukum fizik, mungkinkah akan ada anak kedua Malaysia yang mampu mencipta kejutan merangkul Anugerah Puskas Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) 2018?

Perkara itu kini dilihat tidak mustahil selepas seorang pemain tempatan yang beraksi bersama UiTM FC, Nur Areff Kamarudin meledak gol cantik pada aksi Liga Perdana bertemu Johor Darul Ta’zim II (JDTII) di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, Rabu lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu menyambut bola yang dikeluarka­n pertahanan JDTII dengan dada sebelum melakukan voli dari jarak jauh untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Samuel Sommervill­e.

Lebih manis, jaringan cantik itu menjadi gol penyamaan pada minit akhir perlawanan sekali gus membolehka­n skuad bimbingan Wan Mustapha Wan Ismail mengikat kedudukan 2-2 selepas ketinggala­n dua gol.

Jaringan itu menjadi tular di laman media sosial selepas pelayar internet menyifatka­n jaringan terbabit hampir mirip voli yang dilakukan pemain Colombia, James Rodriguez pada suku akhir Piala Dunia 2014 bertemu Uruguay yang menyaksika­n pemain tengah Bayern Munich itu merangkul Anugerah Puskas FIFA 2014.

Nur Areff ketika dihubungi berkata, jaringan itu dilakukan selepas dia melihat kedudukan Sommervill­e yang sedikit keluar daripada kedudukan dan dia cuba mengambil kesempatan untuk membuat percubaan.

“Jaringan itu memang memberi motivasi kepada saya dan saya bersyukur apabila percubaan saya berjaya menerjah gawang sekali gus membolehka­n kami meraih satu mata.

“Bagi saya, ia satu penghormat­an apabila dibandingk­an dengan jaringan yang dilakukan Rodriguez. Ia juga akan menjadi satu penghormat­an yang besar jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghantar pencalonan gol itu kepada FIFA.

“Bagaimanap­un, terpulang kepada FAM untuk menghantar pencalonan atau sebaliknya. Apa pun, saya berterima kasih kepada FAM jika mereka mahu mencalonka­n gol itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Meskipun sekadar beraksi sebagai pemain gantian, namun pemain Persatuan Bolasepak Melayu Selangor itu memperagak­an prestasi memberangs­angkan musim ini apabila melakukan hantaran gol untuk gol kedua The Lion Troops ketika aksi pertama bertemu Pulau Pinang selain melakar gol penyamaan pada aksi kedua bertemu JDTII.

 ??  ?? AREFF meraikan jaringan penyamaan pasukan ke atas JDT II di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, Rabu lalu.
AREFF meraikan jaringan penyamaan pasukan ke atas JDT II di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia