Harian Metro

Sabah pamer taring tunduk PDRM

- Ryan Stanley sukanteam@nstp.com.my

Kota Kinabalu: Walaupun tidak mempamerka­n aksi terbaik, pengendali Sabah, Jelius Ating tetap gembira selepas skuad bimbingann­ya menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 dalam perlawanan ketiga Liga Perdana di Stadium Likas, di sini, malam kelmarin.

Jurulatih berusia 47 tahun itu berkata, anak buahnya kelihatan sedikit keletihan sehingga gagal mengekalka­n penguasaan bola, terutama di bahagian tengah.

“Ini sebenarnya salah satu faktor (kelihatan), kita terpaksa harungi jadual perlawanan yang padat, malah hanya memiliki masa singkat untuk persiapan sebelum bertemu PDRM.

“Bagaimanap­un, saya memuji mereka kerana berjuang habis-habisan sehingga mencapai kemenangan dan itu sebenarnya yang paling penting iaitu mengutip mata penuh di gelanggang sendiri.

“Kadang-kala ada pasukan bermain dengan baik

Dalam perkembang­an lain, Cheng Hoe juga menyatakan minat untuk memanggil pemain tengah JDT yang juga abang Kiko, Natxo Insa buat kali pertama sementara pemain tengah Perak, Brendan Gan yang terlepas sepanjang musim lalu akibat kecederaan turut berada dalam perhatiann­ya.

“Natxo sudah bersedia untuk aksi antarabang­sa dan dia antara pilihan dalam kalangan pemain naturalisa­si. Asalkan mereka beraksi dengan baik bersama pasukan masing-masing, sudah pasti mereka akan dipertimba­ngkan termasuk juga pemain skuad Bawah 23 tahun negara.” tetapi tidak menang dan ada masa juga kita tidak bermain baik tetapi menang,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu.

Pada aksi malam tadi, Sabah mengekalka­n rentak baik mereka di Stadium Likas apabila membenam PDRM 2-0 hasil jaringan Maxsius Musa pada minit ke-16 dan Heo Jaenyong di minit ke-67.

Sementara itu, Jelius berkata, dua pemainnya iaitu Maffry Balang dan Maxsius yang terpaksa dikeluarka­n akibat kecederaan, mampu beraksi pada perlawanan seterusnya.

“Kita juga lega kerana aksi seterusnya hanya akan berlangsun­g kira-kira dua minggu dari sekarang, ini membolehka­n pemain mendapat rehat yang cukup selepas jadual padat dalam tiga perlawanan.

“Saya juga akan mengambil masa rehat panjang ini untuk memantapka­n lagi pasukan dan mengatasi beberapa kelemahan,” katanya.

Setakat tiga perlawanan, Sabah kini mengutip tujuh mata hasil dua kemenangan dan sekali seri.

Pasukan yang popular dengan jolokan Sabah Rhinos itu akan meneruskan saingan liga bertemu Sarawak di Stadium Likas, pada 24 Februari.

 ??  ?? KIKO Insa
KIKO Insa
 ??  ?? PEMAIN Sabah, Heo Jaenyong (tengah) meraikan jaringan ketika menentang pasukan PDRM, kelmarin.
PEMAIN Sabah, Heo Jaenyong (tengah) meraikan jaringan ketika menentang pasukan PDRM, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia