Harian Metro

Bimbang kena pukul

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Dimaki hamun, dikecam, malah diugut pukul oleh peminat antara situasi terpaksa dilalui pelakon meningkat naik, Taufiq Hanafi, 27.

Segalanya berpunca daripada watak lakonannya sebagai Sofil dalam drama bersiri remaja yang kini ditayangka­n di aplikasi Tribe, Indonesia berjudul Gantung The Series.

Dalam drama itu, dia memegang watak antagonis yang mempunyai nafsu songsang.

Lebih membuatkan penonton benci dengan Sofil adalah babak karakter itu merogol Ray (lakonan Ikmal Amry).

“Boleh dikatakan saya mendapat maklum balas yang bagus daripada peminat siri itu. Di media sosial, peminat memenuhi ruang komen mengutuk sikap Sofil.

“Hal itu membuatkan saya reda dan optimis kerana ramai yang boleh menerima kehadiran saya di sana (Indonesia),” katanya.

Taufiq dikenali melalui watak Abu dalam filem

Ola Bola berkata, sudah ada permintaan daripada peminat negara itu mahu bertemu barisan pelakon.

Bagi memenuhi permintaan itu, dia bersama barisan pelakon lain antaranya Hafreez

Adam, Ikmal Amry, Randy Pangalila dan Brandon Salim berkemungk­inan akan ke sana pada pertengaha­n tahun ini.

“Jika nak diikutkan takut juga mahu ke sana sebab ada peminat yang agak ekstrem mahu memukul saya jika bertemu

Lakonan berkesan Taufiq

buat penonton benci

mereka,” katanya.

Biarpun belum mendapat tawaran baru dari sana, sudah ada produser dan pihak pengurusan bakat mula bertanya mengenai dirinya.

Kegembiraa­n pelakon itu turut berganda dengan perjalanan kerjaya seninya yang semakin membuahkan hasil sejak permulaan 2018.

Selepas Ola Bola pada 2016, dia beraksi dalam filem aksi ketenteraa­n berjudul Kanang Anak Langkau yang ditayangka­n pada tahun lalu.

Tahun ini pula, dia menanti penuh sabar filem pertama yang mengangkat­nya sebagai teraju utama berjudul Bidong: The Boat People arahan Yusof Kelana yang akan ditayangka­n pada 1 Mac nanti.

Filem diangkat daripada kisah sejarah itu menjalani penggambar­an lebih dua tahun lalu dan menampilka­n pelakon tempatan serta luar negara.

“Filem itu menggunaka­n 70 peratus bahasa Inggeris dan 70 peratus CGI (imej janaan komputer). Jujurnya saya tidaklah meletak harapan terlalu tinggi sebab filem ini mempunyai pasaran agak terhad.

“Namun begitu, saya mengharapk­an ia mendapat maklum balas positif daripada penonton dan pengkaji sejarah. Selain ditayangka­n di sini, ia juga dijangka akan ditayangka­n di Filipina,” katanya.

Pada masa ini, dia sibuk membuat persiapan untuk memasuki lokasi penggambar­an sebuah lagi filem berdasarka­n kisah benar yang diberi judul awal, The Unsung Heroes.

Filem aksi mengenai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dijangka akan memulakan penggambar­an sebelum pertengaha­n bulan ini.

Seperti filem Bidong: The Boat People dan drama siri Gantung, filem terbaru itu juga dijangka membawa namanya ke luar negara kerana sudah ada uraura akan ditayangka­n ke China.

Selain itu, dia juga sudah mula mendapat kepercayaa­n untuk mengendali­kan rancangan majalah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia