Harian Metro

Pelakon penuhi kehendak skrip

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

A Razak perjelas filem Badang terbitan FiTA

Studios dan UiTM Holdings sepenuhnya

Berikutan dikecam hebat kerana memilih usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai teraju utama filem Badang, Datuk Dr A Razak Mohaideen akhirnya tampil memberi penjelasan.

Tegas A Razak, dakwaan netizen bahawa Aliff penyumbang dana karya arahannya itu adalah tidak benar sama sekali.

“Filem ini adalah terbitan FiTA Studios dan UiTM Holdings sepenuhnya. Ia menelan belanja RM2.2 juta dan tiada kaitan dengan Aliff. Dalam filem ini dia dibayar untuk berlakon dan bukanlah bertindak selaku penyumbang modal,” katanya.

Dengan penjelasan ini, A Razak berharap isu yang hangat diperkatak­an dalam media sosial itu tidak disensasik­an lagi.

Mengulas lanjut naskhah genre fantasi ini selepas kali pertama menghasilk­an filem Duyung pada 2008, A Razak berkata, ia paling mencabar setakat ini.

“Sangat mencabar bila mengarah orang baru. Sebenarnya saya sudah jangka perkara ini berlaku. Meski banyak kali marah dan hilang sabar, saya anggap ini sebagai dugaan dalam dunia pengarahan. Apapun, hasilnya tidak mengecewak­an dan saya bangga dengan mereka,” katanya.

Pengarah yang popular dengan filem Anak Mami

The Movie ini juga mengakui teruja kerana semua pelakon memenuhi kehendak skrip selepas menjalani latihan intensif selama beberapa minggu.

“Saya pasti bukan semua pengarah sanggup sahut cabaran ini dan saya berpuas hati dengan persembaha­n semua pelakon filem Badang,” katanya.

A Razak juga memuji Fasha Sandha yang sanggup memotong pendek rambutnya dalam babak bersama Taiko lakonan Fauzi Nawawi.

Lebih menarik, filem ini menggunaka­n CGI hampir 30 minit daripada keseluruha­n durasi tayangan. Malah, Badang mendapat sentuhan Yusri Abdul Halim yang sebelum ini bertanggun­gjawab menghasilk­an CGI untuk filem Duyung, Cicakman, Hikayat

Merong Mahawangsa dan Vikingdom.

Mungkin tuah Badang, A

 ??  ?? A Razak
FASHA Sandha
A Razak FASHA Sandha
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia