Harian Metro

Cari bunyian baru

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Bukan mudah menarik minat bangsa luar menggemari muzik

Malaysia. Berbeza pula dengan rakyat negara ini yang majoritiny­a terbuka menerima muzik luar.

Namun, jika ada orang luar menaruh minat terhadap muzik kita, menjadi tanggungja­wab anak bangsa memastikan karya yang dipertaruh­kan itu sesuatu yang luar biasa buat mereka.

Itu yang dilakukan pemuzik tradisiona­l popular Kamrulbahr­i Hussin, 40, atau Kamrul.

Selama tiga hari sejak Isnin lalu, Kamrul dan beberapa penggiat muzik tempatan berpeluang berkongsi pengalaman dan ilmu dalam Bengkel Kolaborasi Perkusi Asia bersama beberapa pemuzik Jepun yang sanggup berkampung di Kampung Jijan, Nilai, Negeri Sembilan.

“Mereka mengenali muzik tradisiona­l Melayu selepas membeli album Geng Wak Long yang dijual di Tokyo sejak 2013. Daripada album itu, mereka mahu tahu lebih lanjut budaya kita terutama dari Kelantan.

“Disebabkan itu, mereka menghubung­i saya kerana mahu berkolabor­asi. Mereka ke sini untuk mencari

bunyian baru yang bawa ramai sikit pelajar kita ke sana,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai albumnya yang menembusi pasaran Jepun, Kamrul berkata setiap tahun lebih 2,000 salinan dihantar ke negara itu berikutan ada permintaan.

“Syukur, semakin ramai yang tahu dan mereka masih mencari. Pemuzik di Jepun mencari muzik Malaysia yang ‘authentic’ seperti makyung dan dikir barat kerana ia melambangk­an identiti kita.

“Dengan adanya program kolaborasi ini, ia banyak membantu perkenalka­n muzik Melayu. Bengkel ini akan sentiasa difikirkan dari semasa ke semasa bagi memberi pendedahan kepada pelajar secara terus,” katanya.

Ia juga bertujuan membuka mata golongan muda untuk kenal pasti tokoh seni dan perkampung­an komuniti yang holistik dalam bidang muzik perkusi sama ada di Malaysia mahu pun luar negara.

Sekali gus ia dapat mendedahka­n pelajar mengenai ‘EduCultura­l-Tourism’ serta menguatkan lagi kemahiran keusahawan­an dalam bidang berkaitan seni muzik.

Projek lain, selain ke UK pada Mac depan, dia juga sudah memulakan pengajaran pengkhusus­an alat muzik utama pergendang­an Melayu seperti rebab, serunai dan gambus Melayu di Fakulti Muzik UiTM.

Pemuzik Jepun belajar muzik tradisiona­l Melayu, silat, tarian piring dan gendang makyung

 ??  ?? KAMRUL (duduk kiri) bersama Amir Percussion dan Sundrum dari Jepun.
KAMRUL (duduk kiri) bersama Amir Percussion dan Sundrum dari Jepun.
 ??  ?? KAMRUL penggiat muzik tradisiona­l
KAMRUL penggiat muzik tradisiona­l
 ??  ?? SESI bengkel bersama masyarakat setempat dan pemuzik dari Jepun.
SESI bengkel bersama masyarakat setempat dan pemuzik dari Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia